Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Friday, October 28, 2005
Suasana di rumah Uncle Mustapha begitu indah sekali. Lampu lap-lip yang sering bertukar warna menghiasi perkarangan rumahnya yang besar itu. Di ruang tamu pula kecoh dengan cerita-cerita lama yang dikeluarkan oleh pakcik dan makcikku yang datang berkunjung. Kami sekeluarga memang selalu berjalan beramai-ramai, berkunjung ke rumah masing-masing. Meriah sekali. Aku berasa seronok dapat berkumpul bersama mereka. Aku dan saudara-maraku yang lain sibuk bermain dengan bunga api di luar rumah.
Pagi-pagi lagi aku dah ke kedai, beli beberapa kotak bunga api itu untuk dimain pada malam nanti. Mereka begitu ghairah menyalakan api pada hujung batang bunga api. Sedang aku menyalakan salah satu batang bunga api, Syakila, satu-satunya anak dara Uncle Mustapha memanggilku dari dalam sambil membawa telefon bimbitku. Apabila dia ternampak aku berada di luar rumah, dia menghampiriku lalu menyerahkan telefon bimbit itu kepadaku.
“ Tadi Kila tengah main game. Habis tu, Kila nampak ada message.” Dia memberitahuku.
“Dari siapa?”tanyaku.
“ Entah! Kila pun tak tahu.” jawabnya ringkas.Aku berhenti bermain lalu membuka mesej tersebut.
“Salam lebaran buat temanku. Mohon maaf dipinta. Dan di bulan yang mulia ini, saya harap persahabatan kita akan kekal selamanya.” 97253692.
“Hmm...Siapa seh dia ni?” Aku terfikir-fikir siapakah yang menghantar mesej itu. Lalu dengan pantasnya aku mengerakkan jari jemariku, menekan butang.
“ Hai, siapa ni?”
Beberapa saat kemudian, telefon bimbitku berbunyi lagi. Aku membuka mesej itu lalu membacanya. “Khai lah...takkan tak kenal.”
Aku berfikir sejenak. “Khai? Hmm...siapa eh? Khai...Khai...Khai...Oh ye..agaknya budak tu tak.”
1:23 PM
"Amacam?Ade respon? ” tanya Johari yang sejak tadi menyumbat kuih tat ke dalam mulutnya.
“Hmm...dia tanya aku sape...Abis tu aku jawab..aku Khailah...Takkan tak kenal kut...ahaha...hai...ni sumer kau punyer pasallah...eh tapi boleh percaye ke budak ni?” balas Khairie ragu-ragu.
Johari sedang menjalankan drama realiti untuk sahabat karibnya itu. Dia sedaya-upaya ingin menolong sahabatnya yang sudah dianggap macam abangnya sendiri. Dia mengharap sangat rancangannya itu menjadi. Dia tahu Khairie sangat kecewa dengan aweknya yang dahulu. Dia tidak mahu kawannya itu berterusan berada dalam situasi begini. Dia ingin melihatnya sesekali gembira kerana dia faham sangat dengan hati dan nalurinya. Dia begitu terluka. Jadi untuk menolong mengubat rasa luka di hati, dia recommendkan salah serorang rakan perempuannya pada Khairie.
“Eh..kau jangan main-main....budak ni memang cute...bukan je cute..berhati mulia lagi tau....huh....ape lagi berkenalan ajelah.” Johari beriya-iya mahu kawannya menerima rakan wanitanya itu.
“Eh malu jugak aku....kang nanti balak dia marah kat aku macam mane...kau dulu yang aku cari nanti...”
“Alah...relax ar brader..aku janji dia ni mesti baik punye..kau jangan takut la..tapi aku tahu dia belum berpunye lagi..mase bulan puase, aku selalu gak contact dia...alamak malunye aku biler dia tak abis-abis tanye aku..dah sembahyang terawih awak? Huh...tu sebab la aku rase budak ni memang padanlah dengan kau.” Cerite Johari panjang lebar....besungguh-sungguh dia.
Khairie hanya mampu tersengih...alah budak ni..orang tengah sakit hati lagi ni, dia tambahkan satu lagi pulak dah..haiz....takpe..tunggu sahaje dan lihat ape benar yang dikatakan si Johari tu.
1:16 PM
Aku teringatkan kawan sekolahku dahulu. Namanya Khairul Anwar. Mungkin yang menghantar mesej ini adalah dia. Kadang-kala dia suka membahasakan dirinya sebagai Khai. Apa mimpinya tiba-tiba sahaja hantar aku mesej. Aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku itu. Hai...dia tukar nombor baru ke? Sudah lama juga aku tidak berbual panjang dengannya. Tetapi selalunya aku berbual dengannya di MSN messenger sahaja. Tapi rasa-rasanya tidak pernah aku memberinya nombor telefon bimbitku. Ah...pedulikanlah. Mungkin kawanku yang memberinya.
Aku tidak mengambil endah tentangnya sebentar. Aku kemudiannya menyambung semula bermain dengan bunga api yang masih tinggal tiga batang di dalam genggaman tanganku itu. Setelah kesemuanya telah habis dibakar, aku mengajak saudara-maraku yang lain masuk ke dalam untuk membasahkan tekak.Sambil itu, aku mencapai sekeping kek coklat yang dibuat oleh Makcik Leha pada sebelah petang tadi. Hmm...Sedap!
Setelah melawat beberapa rumah orang tua ibu bapaku, kami segera pulang ke rumah kerana malam sudah pun melarat ke jam 2 pagi. Hmm...aku tak perasan bahawa malam sudah berlarutan.Padanlah badanku terasa lelah sangat.Tetapi malam ini aku berasa seronok sangat sampai tak rasa mengantuk pula.
Apabila tiba di rumah, aku terus mendapatkan tilam dan bantalku yang sudah lama menunggu aku pulang. Aku terus mencampakkan tubuhku yang lelah itu ke atas tilam yang empuk itu. Tidak sempat aku melelapkan mata, kakakku yang baru masuk ke dalam bilik mencolethiku. “Oi! Kalau ye pun, tukarlah baju tu dulu. Mandi ke...ni tidak! Terus tidur.”
Tanpa berdalih-dalih lagi aku ikuti sahaja perintahnya. Aku mencapai tuala yang tersidai di belakang pintu kamarku lalu bergegas ke tandas.Tidak sempat aku hendak masuk ke dalam, abangku sudah pun berada di dalam.
“ Abang cepatlah sikit! Orang pun nak masuk ni...”
“ Nantilah..Abang baru masuk.” Pekik abangku dari dalam.
Aku kembali ke kamarku lalu duduk terceruk di tepi katil. Aku mencapai beg tanganku yang berwarna biru, dihiasi dengan manik yang berkilau-kilauan itu lalu mengeluarkan kesemua duit collection yang aku dapat pada hari itu lalu mengiranya satu persatu. WOW! $150...Best nyer!Selesai sahaja aku mengira , abang pun keluar dari kamar mandi itu dengan tuala yang dibolot keliling tubuhnya yang kurus macam ikan kering itu.
Dengan senyuman yang berseri-seri, aku pun masuk ke dalam bilik air yang kurasakan panas itu. Malam-malam pun mandi air panas...Aper da abang ni.
1:12 PM
Tiada apa-apa yang aku hendak lakukan pada pagi itu. Makan sudah. Kemas sudah. Hmm...apa kata aku pergi masuk online ajelah.Arah nuraniku. Aku pun ke bilik abangku dimana terletaknya sebuah komputer. Aku melungsuri internet lalu aku masuk ke MSN messenger. Ada beberapa kawanku yang juga turut berada di sana. Tetapi aku berasa malas hendak bercakap dengannya. Tiba-tiba ada seorang rakanku yang seakan menarik-narik naluriku untuk berbual dengannya di internet. Khairul Anwar. Nama itu teringatkan aku tentang mesej yang diterimaku semalam. Aku pun terus menekan namanya lalu memulakan bicara.
sweet_girl@hotmail.com berbicara:
Hai...awak tengah buat apa?
bona_filadude@hotmail.com berbicara:
Hai...takde apa-apa yang saya lakukan. Cuma berbual-bual kosong dengan kawan-kawan yang lain. Awak tak jalan raya ke?
sweet_girl@hotmail.com berbicara :
Oh..Tak sekejap lagi mungkin. Hmm...Boleh saya tanyakan awak sesuatu?
bona_filadude@hotmail.com berbicara:
Boleh...teruskan saja.
sweet_girl@hotmail.com berbicara :
Did you send me the hari raya message yesterday?
bona_filadude@hotmail.com berbicara:
Huh? Bila?
Aku berasa pelik.
sweet_girl@hotmail.com berbicara :
Isn’t this your number?. 97253692.
bona_filadude@hotmail.com berbicara :
Since when did i change my number?
Aku tergamam dengan jawapan yang diberinya tadi. Perasaan takut mengisi ruang hatiku. Siapa pula Khai yang menghantar mesej kepadaku petang tadi. Hmm...Tiba-tiba aku teringatkan Eliza, teman karibku untuk mendapatkan pertolongan. Aku mencapai telefon yang tergantung di sebelah komputer di bilik abangku itu lalu mendail nombor telefon rumah Eliza.Aku menantikan suara di hujung gagang namun panggilan masih belum disambut. Beberapa saat kemudian, aku terdengar suaranya yang agak lantang itu.
“Hello.”
“Hello. Liz, you’ve got to help me out. “
“Rina? What’s wrong? Tell me. I’ll try my best to help you.”
Aku pun mula menceritakan segalanya padanya tentang hal semalam. Eliza sedikit sebanyak dapat memahami apa yang aku cuba terangkan kepadanya. Aku terdengar Eliza seakan ketawakan aku.“Oh...pasal tu rupanyer...Aku ingatkan apalah tadi...Hmm...Why don’t you ask that person who he is actually. Manalah tau dia tersalah nombor ke..?”
Iye tak iye jugak eh. Kenapalah aku slow sangat. Tanpa membuang masa lagi, aku pun menghantar mesej kepada orang yang dipanggil Khai itu untuk mendapatkan kepastian. Selagi aku tidak mengetahui orang itu selagi itulah hatiku tidak berasa tenteram.
12:59 PM
Jam jangka menjerit nyaring, menggetarkan bunyi loceng ke segenap pelosok bilik bujang itu. Khairie meraba-raba meja di tepi katilnya itu untuk menutup jam loceng yang tidak puas-puas memekak pagi-pagi buta begini untuk membangunkan tuannya itu. Khairie mencelikkan matanya sedikit, melihat waktu yang tertera di jam loceng yang telah dimatikannya. 11.30pagi.
Semalam Khairie mengikuti kawan-kawannya beraya di rumah masing-masing. Ada satu tu yang tinggal jauh, sampai ke Johor mereka beraya. Jadi semalam mereka terpaksa duduk berjam-jam di dalam kereta salah seorang temannya sementara menunggu temannya itu untuk meloloskan keretanya dari jalan raya yang sesak itu. Mereka sampai di rumah masing-masing pada pukul 3 pagi. Terasa penat hinggap di seluruh anggota badannya. Setelah selesai solat isyak dia terus melelapkan diri sehingga tengah hari ini.
Kemudian dia bangun dari katil bujangnya lalu mencapai tuala yang tersidai di tepi katilnya itu. Dia melangkah keluar menuju ke tandas yang terletak di dalam dapur. Hari ini dia dan keluarganya tidak kemana-mana kerana ayahnya sudah pun mula bekerja. Jadi tidak dapat mereka keluar untuk mencari duit collection pada hari itu. Sambil menyuap roti yang sudah dibakar, dia mengfungsikan telefon bimbit modal Nokia 6610I itu.Beberapa saat kemudian, telefonnya berbunyi menandakan ada message yang diterimanya. Tanpa berlengah lagi, dia membaca message itu.
“ Hai..may i know who is this? Dan bagaimana awak boleh dapat nombor saya?”
Khairie rasa serba salah kerana dia telah menipu orang yang baru dikenalinya itu. Dia tidak tahu apa yang harus dijawabnya...akhirnya dia berbohong lagi..
12:56 PM
“I’m sorry. Saya tak sengaja. That greetings is suppose to be sent to my friend, Nazrin. She is one of my schoolmate in Poly. Tak tahu pulak mesej tu diterima oleh you. I’m really sorry. “
Hmm...padanlah. Dia tersalah nombor rupanya. Memang betullah tekaan Si Eliza tu. Kemudian aku membalas mesej itu semula. “Oh begitu. It’s ok. Everyone do make mistake.”Setelah memesan pesanan ringkas kepada orang yang tidak dikenali itu, aku terus menyambung semula kerjaku itu. Tiba-tiba telefonku itu bergetar lagi.
“ Thanks.Well...if you don’t mind, could we be friends?”
Terbeliak biji mataku membaca pesanan ringkas itu. Apa kes pulak dia ni nak berkawan dengan aku? Detik hatiku. Tapi...apa salahnya kan? Aku ni pun masih solo apa...belum berpunya. Aku pun menerimanya sebagai kawanku. Secara tidak kebetulan, aku menjadi sahabat kepada orang yang tidakku kenali.Tapi lama-kelamaan kenal jugalah...hehehe.... “Ok, I don’t mind. Saya Nadia Adrina. Baru tamat sekolah. 17 tahun. Awak?”
12:52 PM
Khairie memberitahu sahabat karibnya tentang persahabatan yang baru dijalinkan bersama seorang gadis yang bernama Nadia Adrina itu...hmm...sungguh sedap namanya. Pandai ibu bapanya memilih nama untuk anak perempuan mereka. Hmm....orangnya pun mesti manis...
Khairie asyik termenung setelah dia selesai berbual dengan Johari di telefon tadi, membayangkan seorang gadis yang cantik molek bernama Nadia Adriana. Terngiang-ngiang lagi di telinganya cerita si Johari itu tentang gadis itu. Adiknya yang dari tadi berdiri di sebelah abangnya, mengambil bantal di atas katil abangnya lalu dilemparkan ke arah muka abangnya yang sedang asyik mengelamun.
Bump! Khairie tersentap dengan pukulan bantalnya itu. Ternampakkan adiknya yang sedang melarikan diri, dia terus bangun dan mendapatkannya
“ Hoi...kurang asam punye budak....nanti kau...”
Nurul Athirah terus berlari meninggalkan abangnya di belakang, sambil bersembunyi di belakang pintu bilik kamarnya. Padan muka abang...tulah asyik termenung aje...teringatkan makwe la tu...bisik hati kecilnya. Dia memang suka menyakat abangnya. Abangnya sahajalah tempat dia hendak menumpang manja dan teman untuk bermain. Namun kadang-kadang dia berasa sunyi semenjak abangnya itu mula memasuki polyteknik dan berkerja buat sementara waktu.
Keluarganya tidaklah sebesar mana. Hanya empat orang sahaja. Nurul Athirah sangat manja sebab dia selalu dibelai dengan kasih sayang daripada ibu bapanya dan juga abangnya yang seorang itu. Kadang-kala dia teringin sangat seorang adik didalam keluarga itu. Tidak kisahlah ia lelaki atau perempuan. Janji ade teman nak diajak bergurau.
“Huh! Oh sini dia sembunyi ye! “ tergah Khairie apabila dia ternampak bayangan adiknya di sebalik pintu kamar adiknya itu.
Nurul Athirah terkejut besar apabila ditergah begitu. Dadanya berdegup kencang.“Apalah abang ni...terkejut adik tau. Nasib baik adik takde heart attack...kang nahas nanti abang...”
“Hahaha...tulah saper suroh kacau abang. Dik, mak dah masak belum? “
“Hey abang ni...da pukul 2 da...takkanlah mak tak masak lagi. Abang tu dari tadi asyik mengelamun aje...mana nak tau jenguk kat dapur tu...orang tadi ajak makan sama pun dia buat dek aje....” Nurul Athirah mencebik.
“Oh iye ke? Hehe...sorrylah abang tak dengar...”
Nurul Athirah hanya menggelengkan kepala melihat abangnya yang angau itu. Abang...abang...
****************************************************************************
Aku bersiap-siap untuk ke hospital untuk menjalani dialisis pada pagi itu.Ketika aku masih bersiap, Khai menghantar pesanan ringkas padaku, mengatakan sedikit-sebanyak tentang dirinya. Khairie bin Abdul Rahman. Hmm...sedap juga nama tu. Orangnya pun mesti handsomekan..hehehe...19 tahun...hmm...muda lagi. Aku berbual-bual sendirian di kamarku itu. Aku cuba mengunakan daya imaginasiku untuk membayangkan wajahnya. Bagaimana agaknya rupa dirinya?
12:49 PM
Thursday, October 27, 2005
Ah! Bosannya hidupku ini. Setiap bulan aku harus duduk di atas kerusi ini selama lima jam untuk mencuci darah kerana buah pinggangku yang sebelah kiri sudah tidak boleh berfungsi. Aku sentiasa berdoa agar ada hamba Allah di luar sana yang sudi mendermakan aku buah pinggang. Aku lelah hari demi hari mengenangkan nasibku ini. Namun segalanya ini adalah dari padaNya.Aku bersyukur kerana aku masih dapat hidup di muka bumi ini dengan sempurna. Aku masih ada tempat untuk berlindung, makanan untuk diisi perutku yang kosong serta pakaian untuk menutupi auratku.
Aku melihat darah yang mengalir keluar daripada tiub yang agak besar itu. Darah itu akan dibersihkan dan dimasukkan semula kedalam tubuhku ini. Aku seram setiap kali jururawat di sini menusukkan jarum yang tebal kedalam lenganku yang agak kurus ini. Di lenganku sudah terpacak beberapa kesan lebam akibat ditusuk jarum hampir setiap bulan.Lebam yang satu ni belum lagi nak pulih,dah ditambah lagi satu.Aduh.Hanya Allah sahaja yang memahami penderitaan yang aku hadapi ini. Aku pasrah dengan segala yang berlaku terhadapku. Aku perlu bersabar. Namun aku tetap merasakan kesakitannya. Setiap kali air mataku akan mengalir keluar walaupun aku sudah cuba menahannya. Mungkin inilah rasanya orang yang mempunyai sama penyakit denganku.
4:40 PM
Aku ke Restaurant Tepak Sirih bersama keluargaku selepas menjalani dialisis di hospital pada petang itu.Aku sekeluarga dijemput untuk ke pesta Hari Raya Puasa bersama umat Islam yang hadir pada malam itu. Walaupun di pesta itu dilengkapi dengan pelbagai acara, aku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pertunjukkan yang diadakan itu. Fikiranku seolah-olah tiada di situ. Fikiranku melayang, mengenangkan orang yang baru aku kenali itu.
“Oik...termenung aje dari tadi. Jomlah ambik makanan. “ Tempelak kakakku yang telah lama perasan akan kelakuanku.
Aku kembali ke alam nyata.Alah...Kacau daun betullah kakak ni. Tak senang tengok orang senang-senang sikit. Ada sahaja. Aku menarik muka masam sambil membontoti kakakku ke meja yang penuhi dengan bermacam-macam lauk. Hidangan itu dihidangkan secara buffet. Terpaksalah kami memilih cita-rasa sendiri. Walaupun banyak lauk kegemaranku terdapat di atas meja itu, rasa seleraku bagaikan tertutup untuk mengisi makanan-makanan itu ke dalam perutku yang sememangnya dari tadi asyik bermain lagu keroncong.
Pesta itu ditamatkan dengan sebuah ucapan pendek dan penyampaian hadiah bagi mereka-mereka yang mengambil bahagian dalam upacara itu. Ada permainan mengamyam ketupat bagi makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang ada di situ. Untuk kanak-kanak pulak mereka adakan permainan meniup belon sampai pecah. Hmm...tak seronok betul. Boring! Aku rasakan mahu sahaja aku mengundur diri untuk pulang ke rumah, berbaring di atas katilku yang empok itu.
Setelah bapaku bersalam-salaman dengan beberapa kawan-kawannya yang juga dijemput di pesta itu, barulah kami memasuki ke perut kereta berjenama Mazda itu lalu menuju ke rumah. Semuanya kelihatan letih. Lebih-lebih lagi mama yang dari tadi, asyik melayani kerenah adik saudara kembarku, Syafiq dan Amalina, yang kebetulan berada di situ juga. Dengar-dengar pakcik Ramli nak datang rumah. Katanya nak berbincang pasal rumah barunya yang tak lama lagi akan siap pada hujung bulan ni. Hmm...tak penat-penat lagi ke? Macam tak ada hari esok pulak.
Apabila sampai di rumah, aku cepat-cepat masuk ke bilik untuk berehat seketika. Badanku terlalu letih. Yelah, apa taknya. Pagi tadi pergi hospital, duduk di atas kerusi sampai lima jam. Habis tu duduk kat restaurant tadi entah berapa jam. Siapa yang tak penat kalau macam tu?
Tidak berapa lama aku melelapkan mata, telefon bimbitku berdering. Nada lagu “Welcome To My Life” dari Simple Plan kedengaran di bilik yang sepi itu. Aku dengan malasnya mencapai beg tanganku lalu mencari telefon bimbitku yang tersembunyi di celah-celah begku itu. Apabila aku sudah mendapatkannya, aku melihat skrin telefon bimbitku untuk mengetahui siapa yang menelefon. Aku dapat merasakan degupan jantung yang kuat.Berdebar rasa hatiku apabila melihat namanya terpampang di skrin telefon. Aku masih terfikir-fikir sama ada mahu menjawab panggilan itu atau tidak. Akhirnya, aku menjawabnya juga.
“Assalamualaikum...”
4:38 PM
Suara yang lembut itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Tidak pernah aku mendengar suara lelaki yang pemalu dan bersopan-santun sepertinya. Sungguh gentleman! Lama-kelamaan aku tidak berasa janggal bercakap dengannya di telefon.
Pada malam itu juga, aku berterus-terang dengan Khairie bahawa aku mempunyai penyakit ginjal. Dan aku perlu menjalani dialisis setiap bulan.Aku tidak pasti jika jejaka itu mengambil berat tentang hal diriku atau tidak. Aku hanya mahu menguji betapa setianya dia padaku. Tetapi jawapan yang diberikannya amat menyentuh hati dan perasaanku sehinggakan aku menggugurkan manik-manik jernih dari kelopak mataku yang bertakung dengan air mata.
“Kalau I jadi boyfriend you, I akan jaga you sampai bila-bila. I sanggup tanggung penyakit you. Don’t worry. Kita sama-sama berdoa kepada Illahi agar you cepat sembuh. I will always support you in whatever you do.” Itulah kata-katanya yang diluahkan dari hatinya yang ikhlas.
Namun begitu, lelaki itu pasrah kerana dia pernah mengalami keadaan seperti ini di mana bekas kekasihnya dahulu telah meninggal dunia akibat barah otak. Setelah bertahun lamanya, Camelia meninggalkannya dengan perasaan duka yang tidak terhingga. Dia begitu sayangkan Camelia.Namun begitu dia tetap tabah dan redha akan pemergiannya kerana dia tahu ini semua adalah takdir dari Tuhan. Aku kagum dengan pendiriannya. Namun aku kasihan dengannya kerana kehilangan kekasih yang amat dicintainya. Namun ajal maut semuanya di tangan Tuhan. DIAlah Yang Maha Kuasa.
Dalam seumur hidupku berkawan dengan lelaki lain, aku tidak pernah mendengar daripada mereka yang mengatakan bahawa mereka akan tanggung penyakitku sampai bila-bila. Aku rasakan bahawa lelaki ini adalah insan yang paling istimewa bagiku. Aku berasa beruntung dan bersyukur kepada Tuhan kerana menghantar seorang jejaka yang terlalu mengambil berat tentang diriku ini.
4:35 PM
Haiz...tak ade ape bendanya aku nak buat. Bosan! Khairie berkata sendirian sambil memeluk gitar kesayangannya itu. Sejak dari tadi dia asyik memainkan lagu ciptaannya sendiri. Tajuk lagunya, “ Someone special in my life”. Sudah tiga hari dia memerah otak untuk lirik lagunya itu. Kemudian, dia membetulkan gitarnya dan meletakkannya di atas pehanya lalu memainkan lagu itu buat keberapa kali...entah aku pun tak tau....
Tiba-tiba dia teringatkan suara manis yang didengarnya semalam. Adui...satu malam aku tak boleh tidur...rasenye macam nak berbual dengannya sampai esok pagi pun tak apa..Hai...giler aku....
Setelah selesai dia mengarang lagunya, akhirnya dia bercadang untuk menelefon Nadia...I’ve got something special for you....
4:27 PM
Aku mengeluarkan baju yang akan ku pakai untuk keesokkan harinya daripada almari pakaianku. Aku membawa pakaianku itu ke balkoni untuk digosok. Aku tidak sabar untuk ke Prom Night malam esok. Baju kebaya yang berlapis itu aku letakkan di papan seterika lalu mula menggosoknya dengan perlahan kerana kainnya agak licin.Sedang aku menggosok tiba-tiba telefon bimbitku yang sentiasa “on” berdering. Aku terus menjawab panggilan tersebut tanpa mengetahui siapa yang menelefonku.
“ hello!”
“hello Rina. You tengah buat ape tu?”
“Oh...Khairie...Rina tengah gosok baju ni. Ada apa-apa ke Khai telefon Rina ni?”
“oh...saje jer nak telefon. Takkan tak boleh kut?”
“hmm...”
“Rina...I ada sesuatu untuk Rina.”
“ Ape dia?”
“ Adelah...you dengar tau...”
Tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi guitar di corong telefon itu.Alunan muzik yang dipetik dari guitarnya sungguh merdu sekali. Setelah beberapa note yang telah dimainkan, aku terdengar suaranya yang agak garau sedikit itu menyanyikan sebuah lagu orang putih. Tetapi pada firasat aku tidak pernah aku dengar lagu ini di mana-mana radio. Ah mungkin ini lagunya sendiri. Aku terpana seketika mendengar lagu yang agak menyentuh kalbuku. Aku berasa sungguh tertarik dengan alunan muzik yang dimainkan. Khairie amat berbakat sekali. Suaranya pun boleh tahan. Ada chance masuk Singapore Idol tahun hadapan. Gelak hati kecilku.
“ Kenapa Rina ketawa?tak sedap ke Khai nyanyi?” Tiba-tiba dia berhenti menyanyi apabila terdengar gelak tawaku. Aku ingatkan dia tak boleh dengar.Hmm...malu aku.
“Eh...Tak delah...Sedap suara Khai tu. Khai ni berbakatlah. Tak teringin nak masuk Singapore Idol ke?” Aku seakan menyindirnya.
“Hmm...mungkin.” jawabnya ringkas diselitkan dengan ketawanya.
Shiok sangat dengar dia mainkan muzik sampai tak sedar bahawa ada sepasang mata yang melihatku dari jauh. Cik Khalisah seperti ingin tahu dengan siapa anak daranya yang bongsu itu berbual di telefon. Sudah dekat sejam dah dia bergayut di telefon itu. Tak tahu ke dah nak dekat masuk waktu Maghrib? Bicara hati ibunya.
Apabila aku memusingkan badanku, aku ternampak ibu sedang memerhatikanku dari dapur. Aku rasa tidak selesa. Apakah ibu memerhatikan aku dari tadi? Aku tidak senang dengan cara ibu memandangku. Aku cepat-cepat memberitahu Khairie bahawa aku harus meletakkan telefon. Khairie faham akan maksudku lalu menamatkan perbualan kami pada hari itu dengan ucapan selamat.
Kemudiannya aku ambil bajuku yang telah digosok itu lalu membawanya ke kamarku. Aku melihat jam yang tergantung di dinding kamarku itu. Hmm..padanlah ibu pandang aku semacam aje. Rupanya dah nak dekat masuk waktu maghrib. Aku kemudiannya mengorak langkah ke bilik air untuk mengangkat wuduk.
4:21 PM
Semalam dia menelefon aku lagi. Kali ini kami banyak berbual tentang diri masing-masing semasa di sekolah menengah. Sungguh seronok masa sekolah dahulu. Aku teringat zaman persekolahanku dahulu. Zaman kanak-kanak kental. Sentiasa ceria. Pasal cikgu kena buli. Masuk pertandingan. Beraksi di atas pentas. Hish..macam-macam! Rasanya baru semalam aku tinggalkan alam persekolahan. Walhal sebenarnya sudah hampir sebulan.
Aku tiba-tiba teringatkan kawan karibku yang bertiga itu. Eliza, Nadzirah dan Shani.Kami selalu bersama dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Tetapi kami mempunyai perangai yang agak berbeza. Eliza orangnya pendiam. Tetapi apabila diajak berbual dialah yang paling lantang sekali. Siap dengan senda gurauannya yang membuat kami semua ketawa geli hati. Nadzirah pula nakal budaknya. Dia suka buli kami bertiga. Tetapi aku yang selalunya menjadi mangsa. Disebabkan saiz badanku yang agak kecil daripada mereka yang tinggi lampai bak buluh.Namun begitu aku tidak berasa tersinggung dengan perbuatannya kerana aku sudah lali dengan kenakalannya. Malah aku rasa seronok dibuli olehnya.
Aku masih ingat lagi pada mula-mulanya Nadzirah membuliku. Dia suka menarik rambutku yang agak panjang ketika itu.Dia kata aku macam samurai. Ikat rambut tinggi-tinggi. Aku tidak endah dengan kata-katanya. Pada dasarnya dia cemburu melihat aku mempunyai rambut yang panjang kerana dia mempunyai rambut yang agak pendek. Kemudiannya dia akan menarik ikatan rambutku menyebabkan rambut ku terburai. Setelah dia berjaya mendapatkan getah rambutku, dia akan berlari jauh-jauh sehingga aku perlu mengejarnya kesana dan kemari macam budak-budak tadika. Satu sekolah melihat kami berdua yang berperangai macam budak-budak. Aku malu diperlakukan begitu. Akhirnya aku mendapatkannya juga. Dia ingat aku tak penat ke berkejaran sambil memegang rambutku yang panjang itu.
Disebabkan perkara itu aku berhasrat tidak mahu berkawan dengannya lagi. Aku merajuk dengannya sampaikan dia tanyakan aku mengapa, dan aku hanya berbuat bodoh dengannya. Aku anggap dia seperti tunggul kayu. Dia terkulat-kulat melihat perubahan pada diriku itu. Nadzirah akhirnya mengadu pada Eliza. Dia tahu Eliza dapat menolongnya kerana Eliza adalah teman baikku. Namun Eliza tidak pernah memberitahuku tentang aduan Nadzirah. Aku kagum dengan pendirian Eliza kerana dia pandai ambil hati kawan. Dia bijak menyelesaikan masalah. Sebab itu aku suka berkawan dengannya. Aku berasa senang bila bersamanya.
Akhirnya, Eliza yang mendamaikan kami semula. Dia memberikan kami nasihat. Namun selepas itu aku tidak ambil hati lagi pada Nadzirah walaupun dia masih tetap dengan perangainya yang dulu. Sementara Shani pula, dia lebih suka mendengar perbualan orang. Dan dia juga lasak orangnya. Apa tidaknya, dia memasuki Pasukan Kebangsaan Kadet Polis. Dia juga senang diajak berbual. Shani cantik orangnya. Dia kelihatan seperti orang serani walhal dia mempunyai darah orang india. Satu keistimewaan yang ada pada Shani ialah senyuman manisnya tidak pernah lekang dari bibirnya yang cute itu.
Itulah kisah kami di zaman persekolahan dahulu. Kalau seorang daripada kami tidak hadir ke sekolah rasanya kumpulan kami tidak lengkap. Kami sudah menganggap diri masing-masing seperti adik-beradik. Aku terutama sekali yang selalu menjadi ketua dalam kumpulan kami kerana akulah yang paling tua. Kalau ada apa-apa masalah mereka akan selalu merujuk kepadaku. Mereka selalu kata yang aku ini penyayang dan penyabar orangnya. Aku tidak dapat menafikannya. Itu pandangan mereka terhadapku. Begitu juga dengan guru-guruku. Mereka suka padaku bukan kerana aku mempunyai penyakit ginjal tetapi aku memang agak aktif di kelas.
Lucu sungguh apabila diingati kembali zaman persekolahan menengah dulu. Ribut satu kelas dengan perangai masing-masing.Tak terkawal guru yang mengajar kami.Namun semua itu hanya dapat disimpan dalam kotak memori ini.
4:16 PM
Keesokkan harinya aku bersiap-siap untuk ke Prom Night yang diadakan di Hyatt Hotel. Aku menyarungkan baju kebaya yang berwarna kuning keemasan sambil menunggu panggilan daripada Eliza yang akan ke sana bersamaku nanti. Tidak lama kemudian, Eliza menelefonku mengatakan bahawa dia dan Nadzirah sudah pun berada di bawah kolong blok rumahku.Aku cepat-cepat memakai tudungku kerana aku takut mereka akan tertunggu-tunggu kedatanganku.
Beberapa minit kemudian,aku turun dengan ibuku yang akan menghantar kami dengan kereta. Tanpa berlengah lagi,kami berempat memasuki ke dalam perut kereta tersebut lalu menuju ke bandar di mana letaknya hotel itu.Kami harus bergegas ke sana kerana acaranya bermula pada pukul 7.30 malam. Sebelum itu kami sempat singgah di sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat fardhu maghrib. Walaupun kami hendak pergi bersuka ria, tanggungjawab kami kepada Allah Yang Maha Esa tidak harus diabaikan.
Setelah selesai menunaikan solat, kami terus menuju ke hotel itu. Apabila sudah sampai di pintu besar hotel tersebut,kami terus keluar daripada perut kereta itu. Kami bertiga berasa agak gementar kerana inilah kali pertama dalam hidup kami, meraikan hari perpisahan sekolah menengah. Ada juga rasa sedih yang membungkam jiwa kami.
Ada yang diantara kami menggunakan kesempatan hari ini untuk meminta maaf kepada guru-guru kerana kami telah banyak berbuat dosa atau selalu menyakitkan hati guru kami. Lawak jenaka kami di kelas dulu bukannya bertujuan untuk menyakitkan hati guru. Ia hanya satu gurauan supaya kelas tidak berasa bosan apabila cikgu mengajar. We always want the lesson to be fun and lively.
Ramai yang memakai gaun pada malam itu.Hmm...mestilah nak bergaya.Salah satu daripada mereka akan ditakhtakan dengan gelaran Prom Prince dan Prom Princess pada malam itu. Awal-awal lagi aku dan rakan-rakanku yang lain telah menempatkan tempat duduk kami yang bernombor sebelas itu. Kami duduk tidak jauh dari pentas dan juga guru-guru kami yang hadir pada malam itu.
Di dalam dewan itu tersergam indah hiasan bunga-bungaan di atas setiap meja. Dah ada pula hiasan belon-belon berwarna kuning, putih dan biru itu. Warna-warna ini sememangnya melambangkan warna sekolah kami. Terdapat 20 meja di dalam meja itu yang dapat memuatkan sepuluh orang setiap meja. Beberapa minit kemudian, setelah kesemuanya sudah hadir, Ronald, pelajar seangkatan kami memberikan sedikit taklimat pada malam itu. Dia kelihatan sungguh smart sekali dengan kot yang dipakainya seolah-olah dia seorang ketua disebuah syarikat yang termasyur.
Pelbagai permainan yang diadakan pada malam itu. It’s a big effort made by our Juniors. Di dalam acara pertama, permainan Scavenger Hunt dijalankan. Mereka perlu mengumpul seberapa banyak barang yang dikehendaki oleh pengadil. Kumpulan mana yang dapat kumpulkan semua barang-barang itu akan digelar pemenang dalam permainan itu. Muncul kesemua barang-barang yang dikehendaki ada pada kami. Fadhila,cepat-cepat memberikan bartang-barang tersebut kepada pengadil. Kumpulan kami berjaya dan dihadiahkan sekotak cokolat setiap seorang.
Acara yang kedua, setiap kumpulan harus menghantar dua orang wakil untuk naik ke pentas. Mereka dikehendaki berdiri di atas sekeping surat khabar yang kemudiannya akan dilipat sampai kecil. Kumpulan mana yang dapat berdiri paling lama di atas suratkhabar yang sudah dilipat itu akan digelar pemenangnya. Sarah dan Amirah mewakili kumpulan kami untuk permainan itu. Begitu seronok sekali melihat mereka yang cuba mengimbangi badan masing-masing. Bermacam-macam cara mereka lakukan. Ada yang mengendong kawan sendiri dan ada yang berpelukan juga.
Acara yang terakhir sekali, beberapa pancaindera milik guru kami akan ditunjukkan di skrin besar dalam dewan itu. Dan kami harus meneka milik sipakah pancaindera tersebut.Ada yang dapat meneka dengan sekelip mata sahaja. Dan itu tandanya mereka kenal sangat dengan guru mereka. Lucu sungguh. Ada yang merebut-rebut untuk menjawab tekaan itu. Mata, hidung, sampaikan tahi lalat pun mereka kenal milik guru manakah itu.
Setelah penat bermain, kami dijemput untuk mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet. Lalu kami pun berarak dan beratur panjang untuk mengambil makanan ala Western itu.Hmm...makanannya semua tidak pernah aku rasa sebelum ini. Ada yang sedap dan ada yang kurang enaknya. Mungkin kerana aku tidak biasa dengan makanan seperti ini.
Setelah selesai jamuan makan malam itu, aku bergambar bersama teman-temanku yang lain untuk dibuat kenang-kenangan. Dan tidak ketinggalan juga para guru yang amat disayangi. Kerana merekalah, kami semua menjadi seorang yang bertauliah dan seorang yang bermoral. Terima kasih kepada tunjuk ajar mereka selama empat tahun kami berada di sekolah. Baik budi cikgu tidak akan kami persia-siakan.
Setelah selesai bergambar, kami menuju ke longue room untuk menyaksikan persembahan Singapore Idol yang diadakan di stadium tertutup Singapura pada malam yang sama.Aku dan rakan-rakanku yang lain tidak sabar untuk mengetahui keputusan, siapakah yang bakal digelar Idola Singapura yang pertama.Taufik Batisah atau Slyvester Sim. Ah...sudah tentunya Taufik Batisah. Dia mempunyai bakat yang terserlah.
Walaupun bukan kami yang memasuki pertandingan tersebut. Kami dapat merasakan tekanan yang dihadapi oleh peserta terakhir itu. Kami seolah-olah boleh merasakan debaran di jiwa mereka. Apabila Gurmit Singh, pengacara untuk pertandingan itu mula hendak mengatakan pemenangnya, kami semua memegang tangan masing-masing dengan erat.
“ As followed by the number of voters, now i announce our Singapore Idol is......”
Taufik...Taufik...Taufik...
“ TAUFIK BATISAH!!!!!!!!” Jerit Gurmit.
“ YEAH!!!!!!!”
Kami terpekik macam nak roboh lounge room itu. Agaknya satu hotel boleh dengar sorakkan dan tepukkan kami.Ada di antara kami yang tidak dapat mengawal perasaan kerana terlalu gembira kerana idola kami yang dipuja-puja akhirnya menang sebagai Idola Singapura yang pertama. Tidak sia-sia kami mengundinya. Mereka semua terpekik-pekik, terlonjat-lonjat kegembiraan. Tak ubah seperti orang tak siuman. Orang tak siuman pun taklah seteruk macam tu...Sampaikan pengawal keselamatan masuk ke dalam longue room, untuk menghalau kami semua. Gawat jadinya.
4:09 PM
Aku dan saudaraku telah menghadiri suatu kursus “Cool Teens”. Kursus ini memberi para remaja satu kesedaran betapa pentingnya keluarga itu. Aku, Emi, Syakila dan Ika turut menghadiri kursus itu. Pada waktu rehat,kami berempat menuju ke Masjid Sultan.Oleh kerana aku, Ika dan syakila tidak dapat menunaikan solat, kami berehat dibangku yang tersedia di luar masjid sementara menunggu Emi menunaikan solat fardhu Zohor. Tiba-tiba telefon bimbit yang dari tadi di tanganku berbunyi.“Hi, tengah buat ape tu...?Dah makan...?You dekat course cool teens eh..?”
Aku rasa senang hati apabila menerima message dari Khairie kerana aku tengah bosan.Apa yang tak bosannya. Yang lain hanya duduk diam membisu. Satu patah pun tidak diperkatakan untuk diajak berbual. Akhirnya kami bertiga melayan perasaan sendiri. Aku pula tiada apa yang hendak dibualkan.
“Assalamua’laikum.. I tengah tunggu Emi solat.Mungkin sekejap lagi I makan..Kat course tu mereka dah sediakan makanan untuk kite orang...”
Di kursus itu, pihak mereka telah menyediakan beberapa kotak bungkusan nasi.Kami pun mengambil bungkusan nasi itu seorang satu lalu mencari tempat sesuai untuk kami menjamah makanan itu.Mujur ada sebuah meja kosong di kanteen itu. Kami berempat menuju meja itu lalu mula mengisi perut kami yang sememangnya lapar itu.Baru aku hendak menyuap nasi ke mulut, telefon bimbitku berbunyi lagi. Secepat kilat aku meletakkan bungkusan nasi di atas meja dan melihat message dari Khairie itu.
“Waa’laikumsalam.. Oh.. Kirakan you dah dekat course lah ni.. Makanan tu sedap...?”tanyanya.
Aku terus membalas pesanan ringkas itu dan memberitahunya bahawa aku baru sahaja hendak menjamu selera dan tidak lama lagi kursus akan bermula. Aku juga memberitahu Khairie bahawa aku akan menghubunginya apabila tamat kursus nanti.Kemudian aku mematikan telefon bimbitku kerana aku tidak mahu diganggu semasa kursus itu dijalankan.Aku memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penceramah itu kerana aku tidak mahu merugikan wang sebanyak $50 untuk kursus tersebut.
Setelah tamat kursus itu, aku dan saudaraku dijemput oleh Uncle Man. Uncle Man telah berjanji hendak mengajak kami semua makan malam di Swensen, Tampines Mall.“You, i dah on the way nak gi Tampines Mall. Uncle I jemput. Dia dah janji nak ajak kita semua ke Swensen...Best tau kursus tu.. Tak sabar I nak pergi lagi esok...”
3:55 PM
“Farissya?“ Khairie agak terkejut apabila menerima panggilan daripada orang yang tidak diduga itu.
“Hai...kenapa you terkejut ke bila dengar suara I? You dah tak sudi nak dengar suara I lagi ke, Khai?“ Farissya kecewa dengan Khairie.
“Tak bukan begitu. Tapi kenapa alih-alih aje telefon I ni? Ada masalah dengan boyfriend you tu ke?” Khairie berkata dengan sinisnya.
“I tahu i bersalah. Maafkanlah I Khai.” Farissya berkata dengan suara yang manja.
“Ah...sudahlah,Isya! You ingat senang-senang je I boleh lupakan apa yang you telah lakukan terhadap I dua tahun lepas ,huh !? “ Khai memarahinya dengan nada yang agak kasar.“Isya...I tak mahu you call I lagi tahu tak. Please don’t disturb me anymore. I don’t want to hear anything from you anymore.”sambungnya lagi dengan nada yang agak tegas.
“ Oh...ni mesti kes dah ada orang baru lah ni...tapi Khai...”Farissya meluahkan rasa tidak senang dengan kata-kata Khairie tadi.Dia seolah-olah cemburu pula dengan bekas teman lelakinya itu.
Tidak sempat Farissya hendak menghabiskan kata-katanya, Khairie sudah pun menghempas telefon itu di tempatnya semula. Dia berasa begitu panas apabila mendengar suara manja yang dibuat-buat itu. Dia sungguh meluat. Dendam yang terpahat dalam hatinya itu belum lagi reda. Dia begitu berang sekali dengan apa yang telah dilakukan Farissya terhadapnya dua tahun lepas. Namun dia bingung akan situasi ini. Dia tidak tahu siapa yang bersalah sebenarnya. Ah...confuse!
Khairie cuba mencari jalan bagaimana dia harus menyelesaikan masalahnya ini. Dia juga ingin seorang teman yang sudi menolongnya dalam saat getir seperti ini. Tiba-tiba dia teringatkan Nadia yang dikenalinya sebulan yang lepas. Ya! Dia pasti Nadia seorang sahaja yang dapat memahami keadaan dirinya. Nadia begitu understanding sekali. Dia rasakan Nadialah orang yang paling tepat untuknya mengadu tentang hal yang berlaku tadi. Dia pun mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Nadia.
3:50 PM
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Aku melihat skrin telefon bimbitku.
“ Oh Khairie....” bisik hatiku.Aku terus menjawab panggilannya.
“Assalamua’laikum.......”, Aku memberi salam kepadanya.
“Waa’laikumsalam...You dah dekat mana ni...? “, tanya Khairie.
“ I ada kat MRT Bugis...Dah on the way nak pergi Tampines...Ade ape you call i ni?”, jawabku dengan suara yang agak manja itu.
“ Oh takde..cume tadi bila you tengah ada course tu, Farissya, kekasih lama I, berkali-kali dia telefon I di handphone, tapi I tak nak jawab.. Dah tu, pandai pula dia telefon rumah I, mak I terpaksa berbohong yang I takde kat rumah. Dia tu, dah tak cukup lagi ke nak sakitkan hati I ni. Kenapa masih nak cari-cari I....?”tiba-tiba dia meluahkan perasaan marahnya kepadaku.
Aku tahu dia memerlukan seseorang untuk menenangkan perasaannya yang sedang bergolak itu. Aku cuba melakukan apa-apa yang patut untuk menenangkan perasaannya itu. Aku cuba menyusun kata-kata yang terbaik agar tidak menaikkan marahnya lagi.
“ You ni.. Asal macam gitu sekali...Mungkin dia ada masalah dan perlu pertolongan you. Sebab tulah dia telefon cari you... pada siapa lagi yang dia harus buntukan pertolongan selain you...?”
Aku cuba memujuk Khairie. Namun dia tetap berdegil juga. Dia tidak mahu mengingatkan semula sejarah lamanya itu. Sejarah bagaimana Farissya telah menghancurkan dan menyakiti hatinya . Sepanjang perjalanan ke Tampines, aku bergantung di telefon bersama Khairie sehingga Uncle Man dan saudaraku tidak dapat berborak denganku. Kami kemudiannya menukar topik perbualan kerana aku tahu dia tidak mahu lagi ungkit pasal hal lamanya.Aku memberitahunya tentang apa yang telah aku pelajari semasa menghadiri kursus itu.
Setiba sahaja di Tampines, aku terpaksa menamatkan perbualan kami kerana aku harus menolong Uncle Man memesan makanan yang kami hendak makan. Setelah memberi pesanan kepada pelayan itu, aku berborak dengan saudara-maraku.Uncle Man pula asyik melihat gelak ketawa anak saudaranya yang sudah meningkat ke tahap remaja itu. Selesai makan, kami pulang ke rumahku. Saudaraku semua akan bermalam di rumahku selama 4 hari, sehingga kursus itu tamat. Tiba sahaja di rumah, aku terus mencampakkan badanku yang lesu itu ke katilku yang empuk.
3:39 PM
Aku terjaga dari tidurku yang nyenyak apabila terdengar satu bunyian yang sungguh menyakitkan gegendang telingaku. Tidak sempat aku menamatkan mimpi yang indah tadi, jam loceng itu pula kacau.Aku segera bangun dari katilku lalu menuju ke arah meja kakakku untuk mematikan jam loceng itu. Pandanganku masih kabur kerana aku masih mengantuk. Aku mengatur langkah ke bilik air untuk bersiap-siap ke kursus ‘Cool Teens’ buat hari kedua. Sementara menunggu saudaraku yang lain menyiapkan diri masing-masing, aku menolong ibu membuat sarapan. Tepat pada 7.15 pagi, kami semua berangkat ke stesen MRT Ang Mo Kio untuk ke Bugis.
Dalam perjalanan ke Bugis, aku dan Emi berasa risau, takut kalau-kalau kami terlewat untuk kursus itu. Aku dan Emi sebagai ketua kumpulan di kursus itu telah membuat undang-undang supaya semua ahli kumpulan tiba tepat pada waktunya. Tiba sahaja di Bugis, aku dan Emi terus berlari ke dewan kursus itu yang mengambil jangka masa perjalanan selama 15 minit. Syakila dan Ika turut mengekori kami berlari. Tepat pada 9.00pagi, kami tiba di depan pintu dewan kursus itu. Aku dan Emi berasa lega kerana ada ramai lagi yang masih belum hadir.
3:33 PM
Banyak aktiviti yang telah disediakan untuk para remaja yang menghadiri kursus itu. Penceramah itu suka membuat jenaka supaya kami tidak berasa bosan sewaktu kursus itu dijalankan. Sebelum waktu rehat, penceramah itu menyuruh kami berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk satu pertandingan. Dalam pertandingan itu,kami harus membuat satu bangunan yang tinggi dan kuat dengan menggunakan 40 straw dan pelekat sepanjang 1 meter. Aku serta ahli kumpulanku memerah otak dan bersatu-padu untuk membina bangunan itu.
“ Dah selesai pun....”, aku melepaskan kelegaan apabila kami telah berjaya membina bangunan yang agak tinggi dan kukuh itu.
Setelah kumpulanku menghantar bangunan itu, kami diberikan kebenaran untuk berehat.Dan aku, yang paling tua di antara kami diberi amanah supaya menjaga mereka dengan baik.Sementara menunggu, aku melihat skrin telefon bimbit.”Eh... ada message rupanya... tak perasan pula...” bisik hatiku.
“You, nanti malam you free tak...? I nak cakap sesuatu dengan you. Ni hal penting. Nanti malam I call you boleh...?”
Aku merebahkan punggungku ke atas bangku yang tersadai di luar dewan. Aku termenung jauh memikirkan hal penting yang Khairie hendak memberitahuku sehingga tidak sedar bahawa adik- saudaraku semua telah keluar untuk berehat.
“Apa yang kak Nadia fikirkan tu.. Sampai tak sedar kite dah keluar..?” tanya Ika.
“Oh.. takde apa-apalah Ika..Kak Nadia tadi dapat message dari Khairie. Dia ingin memberitahu kakak sesuatu. Katanya hal penting.” Aku menjawab sambil mengerutkan dahiku. Dia hanya mengangguk.Entah siapa yang dimaksudkan kakak saudaranya itu pun dia tak tahu.Malas dia nak bertanya lebih lanjut lagi.Dia tidak mahu menjaga tepi kain orang.
3:29 PM
Dalam perjalanan ke masjid, aku membalas message Khairie, mengatakan bahawa malam ini mungkin aku tidak ada masa untuk menelefonnya kerana aku harus ke rumah makcik Leha untuk makan malam beramai-ramai. Setelah beberapa minit, telefon bimbitku berdering.Aku sudah dapat teka siapa yang telefonku.
“Assalamua’laikum...Ah.. Khairie.. Ada apa...? Apa hal yang penting sangat ni..?”aku bertanya dengan nada yang agak lembut tetapi masih tegas.
“ Waa’laikumsalam..You ingat tak semalam I beritahu yang Farissya telefon I. Baru tadi I cakap dengan dia. Dia kata dia hendak bersama dengan I semula. Dia kata dia tidak dapat melupakan I. Tapi...I juga masih ada perasaan terhadap dia..” jawab Khairie dengan nada suaranya yang lembut.
Mendengar kata-katanya itu, hatiku hancur berderai. Aku sudah memang menyangka sejak dahulu lagi bahawa Khairie masih bertaruh hati pada bekas kekasihnya, Farissya walaupun dia telah menyakiti hatinya itu. Apakan tidak, walaupun hancur mana hatinya, cinta sejati tidak akan perbah luput di sanubari.Memang susah untuk melupakan cinta pertama.Aku tahu dia tidak mungkin berupaya melupakan cintanya yang dahulu.Aku terdiam buat seketika. Aku tidak tahu apa yang hendak aku katakan. Kata-katanya tadi seakan jarum yang tumpul yang cuba sedaya-upaya mencucuk hatiku yang sudah luka itu.Air mata bergelinang dipelupuk mataku. Walau bagaimanapun, aku cuba menguatkan semangat dan cuba menahan air mataku. Aku mengambil nafas yang dalam lalu menjawab kata-kata Khairie itu.
“Ler..Macam tu aje...? Dah dua-dua suka sama suka, bagus lah tu... sambungkanlah semula kisah cinta you dengan dia...” aku seakan berbisik padanya. Aku tidak sanggup meluahkan ayat yang terakhir itu kepadanya. Terasanya terlalu payah untuk menghadapi segala ini.Namun aku sedar perhubungan apa yang aku ada dengannya. Setakat kawan biasa sahaja.
“ Bukan tu saja Rina.. Ada satu lagi perkara yang I nak you tahu.. Walaupun I dan Farissya sudah berbaik semula, I tak nak you berhenti hantar mesej kat I.. I masih nak menyambungkan tali persahabatan kita. You are someone special to me...” Khairie begitu serius kali ini.
“ Tapi you kena faham juga.. Farissya tu kekasih you.. Mana boleh i selalu mesej you macam sekarang ni... Walau bagaimanapun, I tak akan message you kerap kali.. Nanti apa pula kata dia.. I tak nak kerana I, you dan Farissya putus lagi...”
“You.. jangan ah macam ni... Farissya akan faham punya...she’s such an understanding girl. Percayalah...” Khairie sedaya upaya cuba memujuknya. Namun di sebaliknya dia tidak memahami perasaan Nadia sekarang.“Dahlah Khai...I dah nak kena masuk dewan dah ni..Nanti petang kita jumpa di stesen MRT Simei..Assalamua’laikum..”aku terus mematikan talian telefon antara aku dan dia.
3:24 PM
Sebenarnya, aku masih ada sejam lagi untuk berehat. Aku hanya memberikan
alasan sahaja untuk memutuskan perbualanku dengan Khairie. Aku sudah tidak tahan lagi mendengar tentang Khairie dan bekas kekasihnya itu. Sedang kami dalam perjalanan ke dewan itu semula, tiba-tiba setitik demi setitik manik-manik jernih jatuh dari kelopak mataku.Sudah merah mataku cuba menahan air mata daripada gugur. Akhirnya aku tidak dapat menahannya lagi. Aku membiarkan air mataku membasahi tudungku itu.
Aku berasa sangat sedih kerana telah memberi harapan sepenuhnya terhadap Khairie. Aku seolah sudah berjanji dengan diriku sendiri bahawa dialah jejaka yang akan menjagaku sepanjang hayat. Aku juga telah menaruh hati padanya semenjak perbualan kami yang pertama. Pada mulanya,dia adalah orang asing bagiku, tetapi orang asing ini telah bertukar menjadi seseorang yang paling istimewa padaku.
“Kak, kenapa kakak nangis ni?” Tanya Ika.Aku meluahkan segala isi hatiku padanya dan memberitahunya apa yang telah berlaku tadi.
“Dah lah kak..Tak payah nak nangis lagi... Dia bukan milik kakak.. Tapi Ika percaya, satu hari nanti kakak mesti dapat lelaki idaman kakak.. Dah ah.. Jangan nangis lagi..Habis tu, nanti petang kakak masih nak jumpa dia..?” tanya Ika sambil mengesat airmataku dengan sehelai tisu yang dikeluarkan dari saku seluarnya.
“Kita akan berjumpa dengan dia dekat stesen MRT Simei nanti...Kakak dah janji dengan dia..Takkan tak jadi pula..Kakak kena tetap pada janji kakak...”Aku menjawab sambil memalingkan muka kearah sekumpulan wanita yang sedang memekik. Entah apa yang mereka pekikkan pun aku tak tahu. Dah tebiat agaknya.
3:23 PM
Semasa di kursus itu, aku cuba untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada penceramah itu, tetapi fikiranku asyik terkenangkan Khairie.Kata-kata Khairie tadi masih terngiang-ngiang di telingaku.Aku menekup telingaku dengan kedua-dua tanganku. Aku tidak tahu sama ada dengan cara ini kata-katanya tadi dapat menghilang daripada ingatanku ataupun tidak.Aku berasa tidak tenteram pada saat itu.
Apabila melakukan aktiviti terakhir, aku melakukannya dengan wajah yang muram. Aku tidak kelihatan ceria seperti sebelum rehat tadi. Semua ahli kumpulanku juga perasan akan perubahan mood terhadap diriku.Aku tidak ambil endah tentang mereka.Aku hanya melayan perasaanku yang sedih ini sendirian. Aku merasakan seperti aku tidak berada dalam dewan itu. Di sekekelilingku seakan gelap gelita tanpa sinaran cahaya. Aku kehilangan semangat untuk menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar oleh penceramah itu. Hujah-hujahnya hanya masuk ke telinga kananku dan keluar di telinga kiriku.Aku tidak dapat menyingkirkan perasaan sebak yang datang bertandang.
“Hey, kenapa kau muram saja...? Tadi aku tengok kau happy...kau ok tak ni?”, kedengaran suara dari salah satu ahli kumpulanku.
Aku tidak mengatakan apa-apa pun . Akhirnya aku dapat menenangkan fikiranku. Aku sambung semula melakukan aktiviti yang terakhir itu dengan hati yang tabah. Untuk aktiviti yang terakhir itu, kami harus membalut sebiji telur dengan sekeping surat khabar, straws dan pelekat. Dan apabila si penceramah itu mengambil bungkusan telur itu dia akan menjatuhkan telur itu di atas sebatang kayu dari kerusi setinggi 2 meter. Telur yang dibaluti itu tidak seharusnya pecah. Kumpulanku berjaya menyelamatkan telur yang dibalut itu. Akhirnya kursus buat hari kedua pun berakhir. Aku mengajak saudaraku yang lain ke masjid untuk menunaikan solat fardu Asar.
3:19 PM
Selesai solat, kami semua menuju ke stesen MRT Simei untuk bertemu dengan Khairie. Dalam perjalanan ke Simei, aku memikirkan bagaimana agaknya rupa si Khairie ini. Adakah dia jejaka yang seperti aku sangkakan atau dia hanya lelaki Melayu yang biasa sahaja. Setiba di stesen MRT Simei, aku menunggunya di platform MRT itu.
“Assalamua’laikum...You ni Nadia Adrina ke..?”tanya seorang jejaka yang agak tampan itu.
Aku melihat jejaka yang setinggi 1.7 meter, berpakaian kasual dan berseluar jeans itu. Aku terperanjat seketika kerana wajah jejaka itu mirip seperti wajah kawan lamaku.
“ Waa’laikumsalam..Iya..Saya Nadia. Jadi awak ni, Khairie la? Selamat berkenalan..Oh ya..Ini semua adalah adik saudara Rina. Mereka juga turut menghadiri kursus itu bersama Rina..” aku memperkenalkan saudaraku satu persatu kepada Khairie apabila melihat mereka bertiga tercengang-cengang memandang jejaka yang berbual denganku itu.
“Oh hi.”
“Hi.. abang Khai....” kata mereka serentak.
“So...lepas ni nak gi maner?” tanyanya ringkas.
“Ermm...we’re going to my aunty house. Kite orang makan malam ramai-ramai kat saner nanti. How bout you?”jelasku.
“ I’m going home now. Ah tu pun my train dah sampai. Lain kali kita jumpa lagilah ok. Eh later i SMS u k..bye”
“Bye.” Kataku lemah sambil melihat dia memasuki ke dalam perut keretapi itu.
Aku terus beredar dari platform itu dan menuju ke pusat membeli-belah di mana ibu dan makcikku sedang menunggukan kami. Aku masih berasa kecewa dengannya. Tapi aku sendiri yang bodoh mempermainkan perasaanku sendiri. Aku yang perasan sangat.Entah-entah dia tu takda apa-apa, aku yang melebih. Hmm...entahlah.
3:15 PM
“Adui....Cutenye dia.....” Khairie melayan perasaannya sendiri.
“Iyelah aku taulah...Haiz..kau ni teruk betullah. Baru jumpe sekejap je....da menggelabah macam gini...ape dah..”
“Yelah ape yang tak menggelabahnye...aku tak pernah jumpe dia...”
Johari tergeleng-geleng melihat temannya itu. Macam orang sakit angau. Gasak kau la hey...malas aku nak layan....
“Abis tu korang tak buat ape-ape plan ke? “ Johari menanya lagi.
“Adelah..takkan tu pun aku nak kena bilang kau...”
“Eh eleh....mentang-mentang la dah dapat jumpe orang baru..kite pulak dia nak lupakan ye...” Johari seolah-olah merajuk.
“Alah...kau ni mengalahkan orang perempuan la...sikit-sikit nak merajuk...menyampah aku...hmm..takde..kiteorang da janji nak pi....”
3:13 PM
Semalam kami sudah berjanji hendak keluar bersama, pergi tengok wayang. Aku memberitahunya yang aku tak mahu pergi berduaan dengannya. Aku memintanya kebenaran jikalau aku boleh membawa saudaraku sekali. Khairie tidak banyak tanya lalu dia katakan kalau ramai-ramai lagi best.Jadi aku mengajak Shakila, Emi dan Ika pergi menonton wayang denganku.Tiba-Tiba Khairie mendapat panggilan daripada ibunya. Dia terus menjawab telefonnya itu.
“Khai..kau kat mane ni? “ kata Ramlah , ibu kepada Khairie dengan cemas.
“ Khai ade kat luar bu. Ade ape bu? Asal ibu cemas je ni?” tanya Khairie bertalu-talu. Dia juga turut cemas apabila mendengar suara ibunya itu.
“ Adik kau ni jatuh dari tangga kat sekolah dia. Ni huh sekarang ibu kat hospital KK..datang sini cepat.” Kata ibunya lagi.
“Ok ok..Khairie datang cepat.”
Sedang aku membeli tiket untuk cerita Shutter, Khairie datang menghampiriku dengan wajah kerisauan.“Erm...Rina...I minta maaf sebab I tak dapat nak tengok wayang dengan you hari ini. Adik I sakit. Dia sekarang berade di hospital. So i’ve got to go.” Khairie memberitahuku.
“Oh ok...Takpelah you pergi dahulu. Ape-ape nanti message I k?”Aku cuba menyembunyikan perasaan kecewa lalu menyuruhnya pergi kerana adiknya lebih penting dari menonton wayang. Aku melihat Khai pergi sehingga dia hilang dari pandanganku. Beberapa minit Khairie meninggalkan tempat itu, telefon bimbitku bergegar.
“ You,I minta maaf banyak-banyak. My adik jatuh and fractured her leg and now I have to rush to the hospital. I am really sorry k “
Aku membalas mesej Khai sambil berjalan menuju ke Long John Silver.
“Takpe. Bukan salah you. Dah ditakdirkan you. Maybe it’s not the time yet for us to go out together. Maybe some other time. Who knows. You jangan fikir lain. I understand. Lagipun family is more important than other things. Just remember that. And for now, you be careful and take care ok? Anything you just message me. Assalamua’laikum...”
Setelah menghantar mesej terakhir itu, aku berjumpa dengan adik saudaraku yang lain dan kami makan tengahari di Long John Silver.Namun rancangan untuk menonton wayang masih diteruskan walaupun aku rasa mahu sahaja batalkan hajat itu.Aku tak mahu mengecewakan saudaraku pula.Nanti apa pula mereka kata. Sudah diajak takkan mahu cancel sahaja.
3:07 PM
Badan aku berasa sangat lesu pada hari itu. Apa tidaknya, sehari suntuk aku berada diluar rumah. Pagi sudah keluar ke kursus dan malam baru pulang. “Adui...” Aku terus mencampakkan badanku keatas katil yang empuk. Belum sempat aku pejamkan mata, telefon bimbitku berdering. “ Ah.. siapa pulak ni malam-malam telefon...?” bisik hatiku.
“Assalamua’laikum...”
“Waa’lakumsalam... you dah tido eh...? Sorry kalau menggangu...”
Aku tergamam seketika. Pernahku dengar suara di talian itu..
“Oh.. Khai rupanya. Taklah.. Khai tak menganggu pun. Rina baru jugak sampai rumah.. Hmm apa hal Khai telefon Rina..?
“Takde..Khai cuma nak minta maaf pasal tadi Khai terburu-buru nak kene pergi hospital and kene tinggalkan you dan tak dapat tengok wayang dengan you... Khai rasa serba salah lah...”
“Takperlah Khai... Dah I told youkan, you’ll never know what will happen during the day...”
Aku cuba mengelakkan Khai dari berasa serba salah atas kejadian tadi. Itu semua adalah satu pelindung dari Dia. Aku juga tidak dapat menafikan betapa kecewanya hatiku apabila dia harus pergi. Tetapi apa boleh aku lakukan...? Adiknya lebih memerlukannya.
3:03 PM
Seperti biasa, aku bangun seawal 6 pagi untuk melakukan solat fardu subuh dan mengaji sebentar sebelum kembali semula kebuaianku. Aku terjaga dari tidur apabila terdengar kekecohan diluar.Riuh-rendah suara anak jiranku memanggil namaku suruh bangun tolong mamaku mengemas rumah.Ini pasti suruhan daripada mamaku. Aku meraba-raba katilku untuk mendapatkan telefon bimbit. Aku terlihat ada satu mesej dari Khai. Dia telah mengantar satu mesej ucapan selamat pagi. Aku tersenyum seketika dan kemudian mengangkat kakiku menuju ke kamar mandi.
“Ahh...” Segar rasanya selepas mandi. Aku menolong mama menyiapkan sarapan untuk adik saudaraku yang lain.Hari ini aku masak yang special sedikit.Makanan ala barat. Setelah semua makanan sudah siap terhidang dimeja, aku memanggil mereka semua untuk makan bersama.
Semasa kami bersarapan, tiada seorang pun yang mengeluarkan suara macam melawati kubur sahaja.Ada yang masih layu matanya kerana terlalu mengantuk.Tak cukup tidurlah tu.Selesai sahaja bersarapan, aku menuju ke dapur dan mambasuh pinggan mangkuk sementara yang lain tolong meringankan sedikit kerjaku dengan mengemas meja. Namun,kerjaku belum habis lagi setakat membasuh pinggan mangkuk, aku harus sambung menggosok kain baju yang berbakul-bakul di balkoni.Lagu “Holiday” bergema di corong radio menemaniku menggosok baju.
Pada petang itu juga, makcik dan pakcikku datang untuk menjemput anak mereka masing-masing. Sunyi rasanya apabila mereka semua sudah tiada. Aku mula berasa bosan pada malam itu kerana tiada kerja lagi yang harus aku lakukan. Setiap malam pada waktu beginilah aku suka bergurau senda dengan saudaraku. Aku duduk diatas meja belajarku dan membuka buku catatan seharianku. Buku sudahpun dibuka, pena sudahpun berada digenggaman tanganku tetapi tiada satu perkataan pun yang tertulis didalam buku tersebut.Tidak lama kemudian aku pun terlena di atas buku itu kerana terlalu penat buat kerja seharian.
2:40 PM
Wednesday, October 26, 2005
“Mana you nak duduk..?,” tanya Khai kepada teman wanitanya, Farissya.
Pada petang itu Khai telah berjanji untuk membawa Farissya makan bersama setelah beberapa bulan mereka berpisah sebagai kekasih dan kali ini mereka bertemu semula sebagai kekasih.
“Di mana-mana pun boleh sayang. I tak cerewet..,” jawab Farissya dengan nada suaranya yang manja itu.
Khai mendapatkan suatu tempat lalu duduk tanpa menjemput Farissya. Farissya hanya berdiri ditepi meja sambil melihat Khai yang telah meletakkan punggungnya di atas kerusi yang agak keras itu. Khai mengerutkan dahinya melihat Farissya. Mengapa dia tidak mahu duduk? Farissya menunjuk Khai kerusinya menggunakan matanya. Khai dengan segera bangun dan menarikkan kerusi untuk Farissya duduk. Barulah Farissya meletakkan punggungnya di atas kerusi itu. Khai memesan makanan dan minuman. Farissya tidak bersuara. Dia asyik menekan butang- butang di telefon bimbitnya. Khai cuba menarik perhatian buah hatinya, tetapi diendahkannya.
Apabila makanan yang dipesan tiba, Khai menjemput Sya makan, tetapi Sya masih tetap menekan butang-butang di telefon bimbitnya. Khai tidak dapat membuat apa- apa, lalu dia menyuapkan makanan ke mulutnya. Wajah Farissya berubah melihat Khai berbuat demikian. Dia dengan wajahnya yang muram menolak makanan yang dipesan itu. Khai berasa hairan melihat telatah teman wanitanya seperti kebudak-budakkan. Khai terus berhenti makan dan melihat Farissya.
“kenapa you tolak makanan ni...? kan rezeki tu...,” kata Khai.
“Kenapa you tak tunggu I makan...? Kenapa you makan dulu..?,” jawab Farissya dengan nada suaranya yang tinggi.
“You dari tadi dengan handphone you. I bebual dengan you, you tak pedulikan I pun..I ajak you makan pun you tak pedulikan I.. jadi I makan dulu lah...,” jawab Khai dengan suaranya yang lembut.
“Tak boleh tunggu sekejap ke...? I pun nak makan juga... bukan you sorang tau yang nak makan..!!,” jerit Farissya.
Dengan cepat Farissya mengangkat punggungnya dan beredar dari tempat makan tersebut. Semua mata memandang kearah Khai dan Farissya. Khai tanpa berkata apa-apa mengejar Farissya. Farissya berdiri di luar restoran itu berpeluk tubuh.
“Kenapa dengan you ni...?Sikit punye hal pun you nak marah...?Tak malu ke kat depan orang semua bile you tinggikan suara you macam tu...?You ni kan perempuan...,” Khairie meninggikan suaranya.
“You tu... Kenapa tak tunggu I makan..? Kenapa makan dulu..?,” tanya Farissya dengan wajahnya yang merah.
“Pasal tu you nak naik darah...? Perkara kecik pun you nak besar-besarkan...? You tau yang kita nak makan sama-sama, kenapa you selalu mesej kawan you tu...? Lepas kita makan tak boleh ke nak balas mesej kawan you tu..!!??,” jerit Khai.
“You apa kurangnya..? Dulu you pun sama jugak.. tak ambil berat pasal I..!!,” Farissya mengungkit-ungkit perkara yang dulu.
“Kenapa you nak ungkitkan perkara yang dulu ni..? Sekarang I dah berazam nak jadi teman lelaki you yang setia.. tapi kalau ginilah perangai you, tak nak berubah, selalu salahkan orang, sudahlah...!!! pergi cari lelaki lain yang boleh tahan perangai you..!!!”
Tanpa menoleh kebelakang, Khairie terus berjalan meninggalkan Farissya seorang diri. Semua orang yang ada di tempat itu melihat Farissya. Air mata Farissya jatuh bercurah-curah. Farissya melihat Khairie sehingga dia hilang dari pandangannya.
1:29 PM
Malam itu aku pulang agak lewat setelah bertemu dengan kawan-kawan lama. Belum sempat aku meletakkan beg tangan di atas meja, telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat di skrin telefon bimbitku. “Khai...?”
“Assalamua’laikum....,”
“Wa’alaikumsalam... you sibuk ke...?,” tanya Khai dengan suaranya seperti orang bermasalah.
“Tak.. I baru jejakkan kaki kat rumah.. baru balik dari gathering with my secondary school friends.. Kenapa you ni..?Suara macam muram aje...?Ada masalah ke ni..?”
“I baru gaduh dengan Farissya.. Dia tak habis-habis nak cari pasal dengan I.. sampaikan nak duduk pun I nak kene tarikkan dia kerusi...!!Tak boleh ke dia duduk sendiri...!!!?? Perangai dia tak ubah macam budak-budak..!!! Geram I dengan dia..!!! Menyesal I keluar dengan dia.. buat malu muka aje....!!!”
Aku hanya mendengar dan membiarkan Khai meluahkan perasaannya kepadaku asalkan dia lega.
“Hello..Kenapa you diam...?,” tanya Khai.
“Tak... I dengar... I nak you luahkan semua perasaan you.. I don’t want you to keep your anger tu...,” aku berkata dengan nada suara yang lembut dan sabar.
“I bukan apa you.. Selama ni i dah banyak bersabar dengan perangai dia... I berbaik dengan dia pun pasal dia kata dia tak dapat lupakan I dan dia kata dia nak berubah.. tapi, kata-kata dia tu semua tak boleh dipercayai.. Penipu..!! I pun dah buat keputusan... I dah tak nak get involved with her... cukup setakat ini...,” Khai meluahkan perasannya itu.
“You sabar aje k... ini semua adalah satu dugaan dan cubaan bagi you.. I harap you dapat tenangkan fikiran and banyak-banyaklah bersabar...”
“Thank you for listening to my problem... I am so sorry pasal masalah I, you yang jadi mangsa...,” kata Khai dengan lembut.
“Anything for a friend... Sekarang ni, i nak you rehat.. tenangkan fikiran ok.. i pun nak freshen up... baru balik... nanti i mesej you kiez.."Aku terus meletakkan telefon lalu mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
1:25 PM
Aku terfikir, sudah hampir setahun aku mengenali Khai. Hairan. Seorang jejaka yang tidak pernah aku kenali kini menjadi sebahagian di dalam hidupku. Aku terjaga dari lamunanku apabila terdengar satu gegaran diatas meja. Aku mencapai telefon bimbit ku dan melihat ada satu mesej.
“Assalamua’laikum.. How are you..? Tengah buat apa…? Dah makan…?”
Hmm... Khai nikan macam takde soalan lain untuk ditanya.. Balik-balik soalan yang sama saja untuk memulakan satu perbualan antara kami berdua.. Gelak hati kecilku.
“ Waa’laikumsalam.. I’m fine thank you... I dah makan.. Sekarang ni I tengah fikirkan about the way we met each other.. kind of weird though... anyway, how are you...? pasal kes semalam...?”
“I am fine.. Dah tak nak fikirkan pasal dia lagi..I dah nak lupakan dia... Weird...? Apa yang nak dihairankan ni...? The way we met okay apa...? Takde apa yang nak di hairankan.”
“ Takde.. I cuma fikirkan... someone who was once upon a time a stranger to me and now become someone so special and very meaningful in my life and all happened by coincidence..hmmm...”
“ You kalau I bilang you satu secret ni you janji jangan marahkan I and you janji jangan bilang sesiapa ok...?”
“Hmmm... Ok... I janji...”
1:22 PM
“ What...!!!??? What do you mean by it was all planned..? Siapa yang plan...? The person who planned all this is someone who i and you know...?” Nadia terkejut besar mendengar rahsia itu.
“Yes, the way we met was not a coincidence but it was all planned by this particular person whom I and you know. You jangan marah eh...?” Khairie berasa serba-salah pula memberitahunya tentang rahsia yang telah disimpannya dari teman karibnya.
“JOHARI!!??”
“Ah uh... Mana you tau..? Ye, dia yang plan pertemuan kita berdua... Tapikan you janji jangan bilang dia apa-apa eh... I dah janji dengan dia yang I tak akan reveal this secret to you tapi i rasa serba-salah kalau I tak bilang you..I think that it’s time that you know the truth. From now on, what ever secret i have, i will always tell you coz you are someone very special to me and that you have the right to know everything...You tak marah kan...?” Khairie menjelaskan kedudukan yang sebenar.
“ Marah...? Buat apa I nak marah you...? Perkara dah lepas... there is no reason i should get angry or upset with you... Cuma satu ajer..I tak faham.. Why me...? why not other girl.s...? I am sure Johari ada ramai kenalan perempuan kan...?”
“ Sebenarnya gini... the time when i know you,I baru je seperate dengan my Ex... I was feeling down, lost and lonely...I tak tau apa yang I nak lakukan... Johari pulak orangnya tak suka tengok kawan dia derita, jadi dia introduced you to me and than he gave me your handphone number... And also, dia bilang I yang that time he was so touched when you lectured him for not going to solat terawih pada bulan Ramadhan. Dia kata setiap kali bebual dengan you pat MSN, you selalu tanya kalau dia dah solat terawih ke belom... sebab tulah dier kata you are the right person to change me.. and i think i have changed somehow to a better person and all thanks to you... i really appreciate it...thank you...” cerita khairie panjang lebar.
“Haha... you jangan buat lawak.. mana boleh seseorang manusia yang tidak begitu sempurna boleh membuat seseorang itu tukar menjadi seorang yang lebih baik jikalau bukan kerana dirinya sendiri yang hendak tukar..?”aku geli hati apabila mendengar cerita Khairie itu.
Aku mula berfikir adakah aku benar-benar telah menukarnya...?Ahh.. tak mungkinlah.. Tetapi pada malam itu, Khairie benar-benar serius manakala aku hanya menganggap perbualan pada malam itu hanya satu lakonan komedi yang dilakonkan oleh Khai.
1:14 PM
Aku bersiap-siap untuk ke perpustakaan nasional di Bugis bersama Khai dan Eliza. Aku sepatutnya bertemu dengan Eliza di stesen MRT Ang Mo Kio selepas solat Zohor kira- kira pada jam 2 petang. Tetapi aku sudah terlewat. Jam hampir 2.15 tapi aku masih di rumah. Aku berlari menuju ke perhentian bas dan menahan sebuah teksi.Setelah berjaya mendapatkan sebuah teksi, aku terus masuk ke dalam perut teksi itu lalu mengarahkan drebar menuju ke stesen MRT Ang Mo Kio.
Dalam perjalanan, telefon bimbitku bergegar.“You, i minta maaf i tak dapat temankan you hari ini. Badan i rasa lemah.. i tak larat nak jalan... i will pay up for this ok.. you enjoy your outing..”
Hatiku hancur setelah membaca mesej tersebut.Rasa seperti hendak sahaja aku mengeluarkan air mataku ini. Rasa nak terpekik pun ade. Setiap kali aku ada temu janji dengan Khai mesti ada saja halangan.
“It’s ok.. you just take care of your health ok... jangan lupa makan ubat.. Assalamualaikum”
Setiba sahaja di stesen MRT Ang Mo Kio, aku melihat Eliza berdiri tegak, mencekak pinggangnya. Aku membayar pak cik teksi lalu keluar. Aku tidak berkata apa-apa sepanjang perjalanan ke perpustakaan. Eliza hanya mengikut aku dari belakang dengan wajahnya yang bertanda-tanya.Aku sedih sekali kerana Khai tidak dapat hadir bersama. Tiba di perpustakaan, aku mencapai buku bacaan lalu mula membaca tanpa menghiraukan Eliza.Namun aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang aku baca tadi. Fikiranku tidak tenang memikirkan hal tentangnya.
Eliza cuma buat halnya sendiri kerana dia faham sangat dengan mood sahabatnya itu. Kalau dah diam tu..ada la tu masalahnya.Tapi dia biarkan sahaja kerana dia tahu akhirnya, Rina akan bersuara juga. Setelah beberapa jam di perpustakaan, Eliza dan aku meletakkan buku dan meninggalkan perpustakaan itu. Aku harus menghadiri majlis pembacaan tahlil untuk arwah datukku.
Dalam perjalanan pulang, perutku berasa sungguh lapar. Aku memberitahu Eliza yang aku mahu membeli makanan untuk mengalas perutku sebelum ke rumah Pakcik Li. Dalam perjalanan pulang, aku memberitahu Eliza yang aku benar-benar minta maaf kerana tidak melayannya seperti dulu apabila kita keluar bersama. Aku memberitahunya apa yang telah terjadi dan betapa sedih jiwaku apabila Khai tidak dapat hadir bersama. Eliza hanya senyum dan memelukku sambil berkata, “ Aku faham..”
1:06 PM
Tiba sahaja dirumah Pakcik Li, aku menunaikan solat fardu asar dan kami berjemaah fardu maghrib. Setelah itu, Pakcik Li memulakan pembacaan Yassin dan Tahlil arwah. Setelah semua upacara dilakukan dengan sempurna, aku bersama saudara-maraku mula makan makanan yang terhidang di atas meja. Perutku sudah kenyang dengan masakan makcik Ti. Aku mencapai telefon bimbitku untuk bertanya khabar Khairie.
“Assalamualaikum.. How are you..? feeling better...? dah makan..? dah makan ubat..?”
“W’salam.. i am feeling much better.. you i am so touched when Farissya came to send me food to eat when she heard that i am sick...i rasa serba salah tinggalkan dia... dia macam dah berubah..”
Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab mesej Khai. Hati aku terguris setelah membaca mesej tersebut. Aku merasakan seperti aku telah kehilangan seseorang yang aku sayangi. Kali ini aku tidak dapat menahan perasan sedih itu lagi.Butir-butir mutiara mengalir dipipiku. Dengan hati yang kecewa, aku membalas mesej itu jua.
“Hmmm..bagus lah tu.. it really show that she still like you.. she really cared for you.. and no one have ever cared for you as much as she does... Khai, she really care for you...”
“I tak tau.. Kali ni dia berubah, lepas tu dia ulang lagi perangai buruk dia tu...”
“She need someone to change her... and i believe that that someone is you.. kalau you dengan dia, I am sure dia akan tukar untuk you... you nak kena kasi dia peluang...”
“ I takut nak get back to her... sekarang ni memang I bukan dengan dia, mesti lah dia care for me.. besok luse kalau I dengan dia, nanti dia sakitkan hati I lagi... itu yang I tak nak..I tak nak dia sakitkan hati I lagi..”
“You, you need to believe that she will change.. the same way like how I believe that you will also change one day..”
“ I know... but what she did to me in the past really hurts me a lot.. mana boleh just because of that split second I can get back to her.. tak semudah itu you tau...”
Aku tidak dapat berkata apa-apa. Itulah mesej terakhir buat malam yang sungguh menyedihkan itu.
12:57 PM
Jam locengku berbunyi. Aku terus bangun dan menuju ke bilik mandi untuk bersiap sedia melakukan solat fardu subuh. Setelah solat, aku mencapai telefon bimbit untuk kunci jam pada pukul 8.30 pagi kerana aku telah berjanji kepada mama bahawa aku akan membuat kerja rumah. Aku sudah pun terbaring diatas katil tetapi mataku masih segar. Aku cuba memaksa mataku supaya tidur tetapi ianya sia-sia sahaja. Aku terus mencapai care bearku dan menutup mukaku. Beberapa minit kemudian aku merasakan satu gegaran dikatil ku. Rupa-rupanya ada mesej untukku.
“ A’kum... apa kahbar..? Sori, semalam i dah tertido.. sebab tu tak dapat balas mesej you.. i just want to let you know that my band will be performing at Fullerton Hotel this Saturday. I harap you dapat hadir. I will be the most happiest person on earth if you were to come for my performance.”
“ W’salam... it’s ok.. about your performance insya’Allah i try my best to come if that make you happy...”
Jam di dinding sudahpun menunjukkan pukul 8.30 pagi. Aku terus bangun, mandi dan mula membuat kerja rumah. Waktu hampir pukul 4 petang. Aku menunaikan solat fardu zohor dan menunggu fardu asar. Sementara menunggu, aku meminta izin mama untuk melihat persembahan Khai. Mama tanpa berfikir panjang mengizinkanku pergi kerana aku telah menolongnya membuat kerja rumah.
12:51 PM
Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Aku bersiap sedia untuk ke Hotel Fullerton untuk melihat persembahan Khai dan teman-temannya yang lain. Aku hanya diberitahu oleh Khai bahawa dia akan bermain gitar sambil bernyanyi. Aku mengajak kawan karibku, Eliza bersama untuk melihat persembahan tersebut. Tiba sahaja di sana, aku hanya berdiri di belakang dewan kerana sudah tidak ada tempat untuk duduk. Ramai yang hadir untuk melihat acara yang diadakan di Hotel Fullerton itu. Aku melihat orang-orang disekelilingku. Mataku terpandang ke arah seorang wanita bertubuh kecil dan berkaca mata.
“Rasanya pernah aku lihat wanita itu...Adakah itu Farissya..?” bisik hatiku sambil mengerutkan dahiku.
Pandanganku berpaling ke arah pentas apabila suatu tepukkan gemuruh berserta sorakkan tiba-tiba kedengaran. Rupa-rupanya kumpulan Khai sedang bersiap sedia untuk bermula.Khai mula menyanyikan lagu kesukaanku. Suaranya sungguh merdu sekali.
I walk a lonely road
The only one that I have ever known
Don't know where it goes
But it's home to me and
I walk alone
I walk this empty street
On the Boulevard of Broken Dreams
Where the city sleeps and
I'm the only one and
I walk alone…
Setelah habis menanyi, para penonton semua memberi satu tepukan gemuruh kepada kumpulan Khai. Khai terus menuju kearah aku dan Eliza. Tentu dia sudah nampak kami berdua dari atas pentas tadi.
“Assalamua’laikum... you made it.. thank you for coming... terharu I..”
“Waa’laikumsalam.. it’s my pleasure..”jawabku ringkas.
Khai, Eliza dan aku tidak berkata apa-apa. Kami bertiga hanya berdiam diri. Aku melihat seorang wanita menuju kearah kami. Dia terus ke sisi Khai dan memeluknya.
“Hi sayang... that was a fantastic performance..,” kata perempuan itu dengan suaranya yang manja.
Meluat aku melihat telatah perempuan itu. Sungguh tidak sopan. Aku hanya mengerutkan dahi sambil berpaling pandanganku kearah pentas.
“You, kenalkan ini Rina dan Eliza... diorang ni kawan baik I... terutama sekali Rina... dan Rina, Eliza ini Farissya...”Khai memperkenalkan wanita itu kepada kami.
“Teman wanita Khai,” sampuknya.
Aku dan Eliza secara ikhlas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.
“Hmmm... oklah you... kami minta diri dulu.. i’ve got other plan with Eliza..”
Aku cuba memberi alasan untuk keluar dari tempat itu kerana tidak mahu melihat perbuatan Farissya yang sungguh mengada-ngada.
“Kenapa ni cepat nah...? Dah lewat malam ni.. what other plans do you both have malam-malam gini..?
“Actually kami tak....” Eliza cuba menjawab, tetapi Nadia pantas memotong.
“Oh...kiter kena tolong mak Eliza..sok dia ada kenduri..kan Eliza.. awak lupa eh..?,” aku terus memotong perbualan Eliza dengan Khai sambil memberi isyarat pada Eliza untuk mengiya-iyakan kata-kataku.
“Oh yah... betul-betul...,” kata Eliza,mengerut dahinya.
“Oklah.. we make a move first..Assalamua’laikum...”
Tidak sempat Khai menjawab salam, aku menarik tangan Eliza dan pantas keluar dari dewan tersebut tanpa menoleh kebelakang untuk melambai atau mengucapkan selamat tinggal kepada Khai.Eliza kelihatan seperti orang sesat. Dia bingung mengapa sahabatnya berkelakuan begitu.Setelah agak jauh kami tinggalkan dewan tersebut, aku memberitahu Eliza perkara yang sebenar, bahawa aku tidak tahan dengan perbuatan Farissya terhadap Khai.
“Eh, kau tak nampak ke yang Khai cuba menolak pelukan si Sya tu...?”
Aku tidak pedulikan kata-kata si Eliza itu. Mungkin aku sedang melihat kearah pentas apabila ia berlaku atau Eliza hanya cuba hendak meyedapkan hatiku. Aku berjalan-jalan di tepi Esplanade sambil menikmati keindahannya. Tenang sedikit fikiranku melihat keindahan itu.
“Hoi.. tak nak balik ke..? Dah pukul 11 ni...,” kejut Eliza.Aku terjaga dari lamunan apabila Eliza menepuk bahuku.
“Hish.. kau ni.. kalau ye pun, kejutlah pelan-pelan sikit... nasib baik aku takde heart attack...,” aku berkata sambil ketawa kecil.
Aku dan Eliza menahan teksi kerana sudah larut malam.Bas pun dah tak ada.
12:39 PM
Cuaca pada pagi itu tidak begitu baik. Berkali-kali guruh berbunyi dan berkali-kali petir sambar-menyambar. Burung-burung semua berterbangan mencari tempat untuk berteduh. Aku duduk disisi katilku sambil mendengar MP3ku yang baru dihadiahkan oleh pakcikku. Pakcikku memang loaded...ade je barang-barang yang dia belikan untuk aku sekeluarga walaupun aku tidak memintanya. Alhamdullilah...
“ Nadia!!!!!!!” panggil ibuku dari luar.
Aku tidak beberapa dengar panggilan ibuku kerana kedua-dua telingaku telah disumbatkan dengan sepasang ear piece. Lagu “Wake me up when september ends” sedang dimainkan di corong ear piece itu.
“Oik! Tak dengar ke? Orang ade la terjerit name dia...” ibuku tiba-tiba aje muncul dari pintu kamarku itu sambil mencekak pinggangnya.
“ Ah? Oh ye ke? Hehe...erm ade ape mama?”
“Tu huh....Eliza telefon...cepat jawab dia masih ade kat talian tu..”
“Hello Liza......yes dear may i help u?”
“Ape da kau Rina. Dah dekat sebulan da telefon ni melekat kat aku nye telinga. Kau buat ape? Lame na nak jawab?” Eliza berloyar buruk.
“Hehe...sorry la..aku tak dengar mak aku panggil tadi..tengah dengar mp3..hehe...jangan marah...huh ade ape kau telefon aku ni?”
“Takde....besok aku ingat nak ajak kau keluar lagi. Harap-harap tak hujan ar...aku ade la nak beli barang sikit. Kau boleh tak?”
“Hmm...InsyaAllah...tengok ar dulu. Kalau aku boleh, aku telefon kau balik la k...”
“Ok ! no problem. Bye. Take care.”
“Hmm..you too”
Aku masuk balik ke kamarku. Haiz...boringnye....Ape aku nak buat?
12:33 PM
“Sayang,I minta maaf about the other day eh...marah-marah you tak tentu pasal...I betul-betul menyesal.I malu dengan perbuatan I hari tu.I harap you dapat maafkan I..I hope sayang dapat terima I balik.I betul-betul sayangkan you dan I tak dapat lupakan you..I tak dapat lupakan the way we loved each other together...please.. give me one more chance...,” rayu Farissya.
“I can only forgive you... but i am not sure if I boleh terima you sebagai I my girl ke tidak... you taukan kenapa I tinggalkan you...? you need to give me time to think of it...,” kata Khairie, tegas.
“I tahu... semua pasal I hubungan kita runtuh... pasal kedegilan I, sayang jadi sengsara, sayang jadi mangsa.I betul-betul rasa bersalah...i will do anything as long as I will get you back... please yang..I rayu dekat you...pleaseeeee.....”
Farissya pujuk rayu kepada Khairie supaya dia kembali kepadanya. Sudah beberapa kali Farissya memujuk Khairie, tetapi Khairie tetap pada keputusannya.
“I am happy that you realise your mistake. I bukan apa, I cuma tak nak you ulang kesilapan you lagi. I nak you tahu yang what you did to me last time really hurts me a lot..I tak sanggup nak tanggung seksaan itu lagi..I harap you faham...,” kata Khai, berharap sangat temanitanya itu berubah.
“I faham... I tahu sayang dah melalui banyak liku-liku kehidupan kerana I.. if only I can turn back the time..I tak nak lukakan hati sayang.I tak dapat lupakan sayang..”
Rayuan Farissya itu menyebabkan Khairie jatuh dalam khayalan cintanya semula. Akhirnya Khairie membuat keputusan untuk kembali kepada Farissya tanpa membuat sembarang timbangan. Khairie tidak sedar bahawa dia telah mengambil risiko untuk kembali dengan Farissya.
12:19 PM
Tuesday, October 25, 2005
Sudah hampir seminggu Khairie tidak mesej Rina. Hati Rina mula memikir yang bukan- bukan. Dia mula berasa gelisah dan cemas kerana takut jikalau musibah berlaku terhadap Khai; jejaka yang dia sangat hargai dalam hidupnya. Rina terus mencapai telefon untuk menelefon Eliza.
“Hello, Eliza ada...?”
“Liz bercakap...? ada apa sis...?”
“Eh Liz... aku risau ah... dah hampir seminggu Khai tak mesej aku.. call pun tidak.. apa jadi dengan dia ni...? dia ada contact kau...?”
“Relek ah sis... asal cemas nah...? dia agaknya sibok ke...busy with project work ke...manelah tau kan..”
“Takkan ada projek work pun tak boleh message walaupun sekali...? sibok sangat ke sampai tak boleh spend beberapa minit send message pat aku...?”
“Relek ah sis... i am sure he will message you...sabar ajer eh...”
Setelah beberapa minit aku mengakhiri perbualan bersama Eliza, telefon bimbitku berbunyi. Tidak aku sangka, rupa-rupanya Khai yang menelefonku. Panjang umurnya.
“Assalamua’laikum....”
“Waa’laikumsalam...you i minta maaf eh..lately i havent been messaging you.. neither have i been contacting you.. ni i call you i nak ajak you makan petang sok.. tu pun kalau you free..”
“Insya’Allah... i boleh.. kat mana...? pukul berapa..?”
“Dekat Swensen.. Daerah town sana.. lepas zohor... i jemput you nanti dari rumah eh..? kalau you sudi...?”
“Boleh.. I tak kisah...”
“Ok.. i jumpa you sok kul 2 gitu... nanti i jemput you dari rumah ok...A’kum..”
“Waa’laikumsalam...”
Lega hatiku setelah mendengar suara Khai. Perasaan gelisah semua telah hapus. Akhirnya aku boleh tidur dengan nyenyak.
2:18 PM
Pada pagi itu, aku bangun awal untuk membantu mama membuat kerja rumah.Hari ini aku akan keluar bersama Khairie. Aku sudahpun memberitahu mama. Tepat pada pukul 12:30 tengah hari, aku bersiap sedia dan menunggu ketibaan Khiarie untuk menjemputku. Telefon bimbitku berbunyi menandakan bahawa Khairie sedang menungguku dibawah blok rumah. Aku terus bersalaman dengan mama dan mencium pipinya.
“Rina pergi dulu mama..”
Aku dengan cepat menekan butang lif ke bawah. Tiba sahaja di bawah, Khairie mebukakan pintu keretanya untukku. Aku masuk ke perut keretanya itu.
“How are you..?,” tanya Khairie.
“I am as you see in front of you.. As fit as a fiddle..,” aku gelak kecil.
Tiba sahaja dimuka pintu Swensen, pelayan itu membawa kami ke meja makan untuk dua orang dan memberi menu untuk memilih makanan. Setelah beberapa minit berfikir, Khai memesan makanan untuk kami berdua.
“Apa tujuan you bawa I makan kat sini..? Ada apa occassion...?,” aku bertanyakannya.
“Sebenarnya I ada sesuatu nak beritahu you.... I.... dengan Far....”
Belum sempat Khai menghabiskan ayatnya, matanya berpaling kearah dua pasang kekasih yang duduk berhampiran dengan meja kami. Wajah Khai terus berubah. Aku berpaling kearah sepasang kekasih itu. Aku kenal pasti dengan wanita itu. Itu adalah Farissya. Tetapi siapa jejaka yang dia berpelukan dengan tu...? Aku bertanya sendiri.
“You tunggu sekejap.. I nak ajar perempuan tu...,”Khai bersuara dengan nada yang garang.
Dia menuju ke meja di mana Farissya dan kekasihnya makan.
“Dah lama buat kerja gini...!!??”
Farissya terperanjat melihat Khai berada dihadapannya. Dia tidak berkata apa-apa jauh sekali untuk bertentang mata dengan Khai kerana dia sedar bahawa dialah yang bersalah dalam masalah ini. Farissya berasa malu kerana sikapnya yang memalukan kaum wanita.
“Perempuan apa kau ni...? Oh... pandai... dulu pujuk rayu...sanggup lakukan apa-apa untuk menjalinkan hubungan kita semula.. pandai ambil hati orang suruh balik semula.. sekarang ni cari jantan lain pulak..!!!??? Kenapa dengan kau ni Issya....? Dah tak puas ke nak sakitkan hati orang...!!!?? Aku dah serik dengan perangai kaulah...!!! Perempuan murahan..!!!,” kata-kata Khai yang sungguh pedas itu melukakan hati Farissya sehingga wajahnya merah padam kerana malu dimarahi didepan teman lelakinya dan di khayalak ramai.teman lelakinya pula terpinga-pinga tidak mengerti apa yang telah terjadi.
“ Tahniah Farissyah!Tahniah kerana berjaya melukakan hati I sekali lagi. This is the end of it!”
Khairie begitu marah!! Khai terus menuju kearahku dan mengajakku keluar dari tempat itu. Makanan yang dipesan itu dibatalkan. Khai tidak berkata sepatah perkataan pun. Rasa geram hatinya sudah tidak boleh dibendung lagi. Dia memandu kereta Mazdanya dengan laju. Aku tidak tahu kemana Khai hendak membawaku. Setelah beberapa minit memandu, akhirnya Khai berhentikan keretanya di Esplanade. Dia keluar dari perut kereta Mazda itu dan menuju kearah Singapore River. Wajahnya begitu merah sekali menahan kemarahannya. Aku berjalan perlahan-lahan menghampirinya.
“You, is there anything that I don’t know and I should know...?,” aku berkata dengan perlahan kerana tidak mahu melukan hati Khai.
“Sebenarnya tujuan I ajak you makan luar untuk memberitahu you bahawa I dengan Farissya sudah bersatu semula... tetapi.....”dia mendengus.
“I dah tahu.. tak payah nak ceritakan lagi... I understand how it feels.. you kena banyak bersabar ye...”
“I dah buat keputusan.. Walaupun keputusan yang i ambil ini berat dan susah untuk I tempuhi... I dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia dan i nak lupakan dia... I will just take that i never knew someone by the name of Farissya...”
“I tahu macam mana you rasa... but I cuma nak ingatkan you... whatever decision you make... you will have to choose wisely and face the consequences squarely...you pun nak kena banyak bersabar and always look on the bright side of life..that’s all i can advice to you..”
“You... Thanks for your advice.. I am really touched by you... you tau tak... all this while I wanted to say this to you...tapi pasal perempuan itu, I tak dapat luahkan kata-kata ini... I cuma nak bilang you yang you meant a lot to me.. you selalu kasi I semangat dan harapan untuk hidup and tukar cara hidup I... you made me a better person... thank you for being there for me when i need you...”
“Hey.. that’s what friends are for right...?,” aku berkata sambil mengukirkan senyuman yang manis buat Khai.
Perasaannya sekaramg tak ubah macam air yang sedang berkocak di sungai itu.Aku dapat merasakan bahawa hati Khairie begitu pedih setelah melihat teman wanitanya sendiri berfoya-foya dengan lelaki lain.
1:59 PM
Pada petang itu, aku tidak ada aktiviti. Aku berasa sangat bosan. Khairie pun tidak mesej atau menelefonku kerana terlalu sedih dengan kejadian semalam. Aku faham keadaannya. Aku melungsuri ke lelaman internet dan masuk ke ruang MSN Messenger dan Friendster. Aku terdapat mesej di ruang friendster. “One new message” Siapa pula ni yang menghantar aku mesej. Aku membuka mesej tersebut dan membacanya.
“Hai..boleh berkenalan...? you ada hotmail account tak...? kalau ada boleh kasi I...? boleh kita chat nanti...?”
Siapa pula lelaki ni...? Tanpa berfikir panjang, aku memberinya hotmail accountku. Beberapa minit kemudian...
Mat_kul@hotmail.com berbicara:
“hai.. boleh kita berkenalan...? nama I Rizal... I 18 tahun.. sekolah di Bedok ITE...? you..”.
Sweet_girl@hotmail.com berbicara:
“nama saya Rina.. Saya 17 tahun... sekolah di NP..”
Mat_kul@hotmail.com berbicara:
“oh... salam berkenalan... sudi tak awak beri saya nombor hp awak...? bolehlah I call you nanti..tu pun kalau awak sudi... kalau awak tak sudi, I tetap nak nombor telefon you...”
“Eh eh budak ni. Dah buang tebiat agaknye. Dah kasi email address nak nombor telefon pulak. Mengade-ngade..“ bisik hatiku.
Sweet_girl@hotmail.com berbicara :
“Rina baru kenal Rizal... tak kan lah terus nak kasi nombor hp.. tak boleh lah...”
Mat_kul@hotmail.com berbicara :
“alah... boleh lah... please please please.....”
Sweet_girl@hotmail.com berbicara :
“hmmm... baiklah....nombor Rina... 98764346 ”
Mat_kul@hotmail.com berbicara :
“terima kasih... nanti bila-bila Rizal call Rina eh...? Rizal dah nak siap ni... nak pergi kerja... nanti bila- bila Rizal bebual dengan sayang eh...? pergi dulu sayang...”
Aku terus menutup lelaman chat itu.
“Sejak bila aku jadi sayang dia ni...?” bisik hatiku.
1:55 PM
Sudah hampir seminggu aku berkenalan dengannya. Aku terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat fardu asar. Belum sempat aku hendak mencapai telekong, telefon bimbitku bergegar. Siapa pula ni yang mesej...? Aku membuka mesej tersebut.
“Hai sayang... sayang tengah buat apa...? dah makan...?”
Perkataan sayang yang Rizal selalu memanggilku masih segar didalam ingatanku. “Hish dia ni... gatal juga dia...sibok aja... apa aku buat semua dia nak tau...”
“Rina baru hendak melakukan solat fardu asar...”
Setelah habis menunaikan solat, aku mencapai Al-Quran di rak-rak buku. Sudah hampir seminggu aku tidak membaca ayat- ayat suci Al-Quran kerana terlalu sibuk menyelesaikan masalah. Habis sahaja membaca, aku mengangkat tangan untuk berdoa.
“Ya Allah, sesungguhnya KAU lah maha pengasih, maha pengampun, lagi maha penyayang...KAU jauhikanlah hambaMu ini dari segala dugaan dan cabaran. Walaupun ujian dan cabaranMu itu sungguh berat,KAU berilah hambaMu ini kekuatan untuk menyelesainya dengan hati yang tabah. KAU kuatkanlah semangat Khairie untuk menempuhi segala ujianMu, Ya Allah... Amin...”
Aku mengakhiri doaku dengan membaca doa penutup. Aku membuka telekungku dan meletakkannya di belakang pintu bilikku. Baru aku hendak merehatkan tubuhku di kerusi malas yang diperbuat daripada rotan, telefon bimbitku berdering nyaring.
“Assalamua’laikum...Rina bercakap.. siapa disana...?”
“Waa’laikumsalam... Ini Rizal, sayang... you tengah buat apa...? you free tak sayang...? I ingat nak bawa you keluar makan malam...?
“So far I haven’t got any plan for tonight.. maybe can.. kat mana...?”
“Kita makan dekat Sofra restaurant.. pukul 8 malam I jumpa you dekat Sofra restaurant..I pakai baju kemeja hitam dan seluar jeans..”
“Baiklah... nanti malam Rina jumpa Rizal pat sana...”
Aku meletakkan ganggang telefon ke tempatnya semula. Aku bersiap-siap untuk makan malam bersama Rizal. Aku mencapai baju lengan panjang dan skirt berwarna hitam dan bertudung merah. Tepat pada pukul 7.30 selepas solat maghrib, aku mengorak langkahku ke restoran Sofra. Tiba sahaja disana, mataku liar mencari-cari jejaka yang berbaju kemeja hitam dan jeans.
“You must be Rina... saya Rizal...”seorang jejaka memperkenalkan dirinya kepadaku.
Aku terperanjat apabila seorang lelaki berkaca mata dan berbadan muscular sedang berdiri dihadapanku. Dia menjemputku duduk dimeja yang sudah ditempah olehnya untuk dua orang.
“I dah pesankan makanan untuk you sayang...”
Perkataan sayang itu sungguh menggelikan aku. Tidak biasa aku dipanggil sayang oleh lelaki yang tidak aku kenali. Aku hanya tunduk malu. Tidak berani aku menatap wajah jejaka dihadapanku itu. Aku hanya berdiam diri seperti batu sahaja.
“Kenapa sayang diam...? sayang tak selesa makan dengan I...?” Rizal dapat merasakan yang gadis manis di hadapannya itu berasa kurang selesa.
Aku mendongak dan melihat wajahnya dengan pandangan yang tajam.Akhirnya aku bersuara juga.
“Tak.. not that I am segan or watsoever.. cuma i’m confused.. i am not even your girlfriend and why are you always calling me sayang like as though i am yours..?”akhirnya aku bersuara juga.
“Oh.. pasal tu je...? I memang nak you jadi my girlfriend.. hati I terus jatuh cinta pada you bila pertama kali I ternampak gambar sayang kat friendster.. apa tu... cinta pada pandangan pertama...? gitu lah...i harap sayang tak kisah kan...?” Rizal berseloroh.
“I do mind... because i don’t even know you that well and you start calling me sayang- sayang...”
“Kalau you tak nak i panggil you sayang... i boleh berhenti... tapi i nak jawapan dari you... sudi tak kalau you jadi teman wanita I sehidup semati..?”
Aku tidak berkata apa-apa. Makanan yang dipesan sudah pun sampai. Aku tanpa segan silu mengambil sudu garpu dan mula makan. Hatiku tidak tenteram makan bersama Rizal. Dia selalu memandangku seperti mahu makan aku sahaja. Tidak lepas pandangannya melihat wajahku ini. Kenapalah ada manusia seperti Rizal ni...?
1:36 PM
Aku terjaga dari tidur pada pukul 1.30 pagi apabila terdengar telefon bimbitku berdering.
“Ah.. siapa pula ni yang telefon pagi-pagi buta gini...?” bisik hatiku.
“Assalamua’laikum...you dah tidur eh...? maaflah kalau I menggangu...”
Aku menelan air liur. Suara jejaka ini macam aku kenal. Aku cuba mengingati semula dan cuba mengecam suara jejaka ditalian itu. Khai...!! Mataku terbeliak. Hilang rasa ngantuk apabila terdengar suaranya. Sesungguhnya aku amat rindu tuan punya suara itu. Namun aku tidak mampu melafazkannya. Hampir seminggu tidak mendengar suaranya. Aku terus menjawab salamnya.
“Waa’laikumsalam... baru hendak lelapkan mata.. just got back from dinner dengan Rizal...”
“Rizal...? siapa tu...? tak pernah you beritahu nama itu pada I...?,” Khairie mencuriga.
“I baru kenal dengan dia... sudah hampir seminggu kita berkenalan...I nak beritahu you tapi takut kalau-kalau I mengganggu you... you just had a broke up with Farissya.. i nak kasi you ketenteraman dulu..”
“Tolong jangan sebut nama perempuan itu.. hati I sakit sekali dengar nama perempuan jahanam itu...”
“I am sorry...,” aku menjawab dengan nada suara yang serba salah.
“Its Ok...”
Aku berbual lancar dipanggilan. Aku memberitahu Khai tentang Rizal. Betapa sayangnya dia terhadap diriku. Aku juga memberitahu Khai bagaimana Rizal melayanku. Dia membawaku berjalan kesana sini. Tetapi pada malam itu, Khai hanya mendengar perbualanku. Dia seperti cemburu apabila aku bercerita tentang Rizal.
“Kenapa you diam...? You there...?,” aku bertanya.
“Yah.. i am still here.. you, i nak tido dulu ah.. badan i letih...”
Aku mula berasa curiga. Tidak pernah Khai berkelakuan sedemikian. Selalunya dia tidak mahu meletak telefon apabila berbual denganku.
“Baiklah.. you just take care ok.. i’ll message you tomorrow.. good night.. sweet dreams...”
Aku mematikan telefon bimbitku setelah habis berbicara dengan Khai. Aku mula rasa tidak sedap hati. Adakah aku telah membuat kesilapan sehingga Khai berkelakuan sedemikian...? Adakah dia cemburu apabila aku memberitahunya tentang Rizal..? Tapi kenapa pula dia mahu berasa cemburu sedangkan aku dengannya tiada apa-apa hubungan..? Banyak tanda soal bermain-main di fikiranku tentang kelakuannya yang agak aneh itu.
1:29 PM
Pada pagi itu, aku bangun dari tidur dengan perasaan serba salah. Aku tidak tahu apa yang telah aku lakukan sehingga Khai ingin mengakhiri perbualan kami secara tiba-tiba. Aku menghidupkan telefon bimbitku dan sebuah mesej yang diberi oleh Khai terpampang di skrin.
“The worst way to miss someone is to be seated by her side and know you’ll never have her.”
Kata-kata Khai itu membuatkan hatiku rasa lebih curiga. Apa maksud Khai dengan kata- katanya sedemikian? Aku tidak memahami maksudnya. Aku terus menekan butang reply untuk membalas mesej Khai. Belum sempat aku menjawab mesejnya telefon bimbitku berdering. Panggilan dari Rizal...
“Assalamua’laikum sayang.. dah bangun ke belum...? jangan lupa janji you.. hari ni kita kan ada celebration hari jadi I pat Raffles hotel...”
“Waa’laikumsalam...I dah bangun...I tak lupa lah...anyway...Happy Birthday!!”
“Thank you..Oklah I jumpa you malam nanti,k sayang...? tak sabar rasanya nak lihat sayang berbaju gaun yang i belikan tu..”
Aku hanya tergelak kecil. Aku meletakkan telefon bimbitku dan terus mencapai tuala mandi. Aku terlupa untuk menjawab dan bertanyakan Khai maksud disebalik mesejnya malam semalam.Selesai sahaja aku membersihkan diri, aku membasuh, menyapu dan menjemur kain baju. Kali ini tidak ada baju yang hendak digosok kerana aku sudah menghabiskannya semalam.