Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Suara yang lembut itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Tidak pernah aku mendengar suara lelaki yang pemalu dan bersopan-santun sepertinya. Sungguh gentleman! Lama-kelamaan aku tidak berasa janggal bercakap dengannya di telefon.
Pada malam itu juga, aku berterus-terang dengan Khairie bahawa aku mempunyai penyakit ginjal. Dan aku perlu menjalani dialisis setiap bulan.Aku tidak pasti jika jejaka itu mengambil berat tentang hal diriku atau tidak. Aku hanya mahu menguji betapa setianya dia padaku. Tetapi jawapan yang diberikannya amat menyentuh hati dan perasaanku sehinggakan aku menggugurkan manik-manik jernih dari kelopak mataku yang bertakung dengan air mata.
“Kalau I jadi boyfriend you, I akan jaga you sampai bila-bila. I sanggup tanggung penyakit you. Don’t worry. Kita sama-sama berdoa kepada Illahi agar you cepat sembuh. I will always support you in whatever you do.” Itulah kata-katanya yang diluahkan dari hatinya yang ikhlas.
Namun begitu, lelaki itu pasrah kerana dia pernah mengalami keadaan seperti ini di mana bekas kekasihnya dahulu telah meninggal dunia akibat barah otak. Setelah bertahun lamanya, Camelia meninggalkannya dengan perasaan duka yang tidak terhingga. Dia begitu sayangkan Camelia.Namun begitu dia tetap tabah dan redha akan pemergiannya kerana dia tahu ini semua adalah takdir dari Tuhan. Aku kagum dengan pendiriannya. Namun aku kasihan dengannya kerana kehilangan kekasih yang amat dicintainya. Namun ajal maut semuanya di tangan Tuhan. DIAlah Yang Maha Kuasa.
Dalam seumur hidupku berkawan dengan lelaki lain, aku tidak pernah mendengar daripada mereka yang mengatakan bahawa mereka akan tanggung penyakitku sampai bila-bila. Aku rasakan bahawa lelaki ini adalah insan yang paling istimewa bagiku. Aku berasa beruntung dan bersyukur kepada Tuhan kerana menghantar seorang jejaka yang terlalu mengambil berat tentang diriku ini.
4:35 PM