Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Aku mengeluarkan baju yang akan ku pakai untuk keesokkan harinya daripada almari pakaianku. Aku membawa pakaianku itu ke balkoni untuk digosok. Aku tidak sabar untuk ke Prom Night malam esok. Baju kebaya yang berlapis itu aku letakkan di papan seterika lalu mula menggosoknya dengan perlahan kerana kainnya agak licin.Sedang aku menggosok tiba-tiba telefon bimbitku yang sentiasa “on” berdering. Aku terus menjawab panggilan tersebut tanpa mengetahui siapa yang menelefonku.
“ hello!”
“hello Rina. You tengah buat ape tu?”
“Oh...Khairie...Rina tengah gosok baju ni. Ada apa-apa ke Khai telefon Rina ni?”
“oh...saje jer nak telefon. Takkan tak boleh kut?”
“hmm...”
“Rina...I ada sesuatu untuk Rina.”
“ Ape dia?”
“ Adelah...you dengar tau...”
Tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi guitar di corong telefon itu.Alunan muzik yang dipetik dari guitarnya sungguh merdu sekali. Setelah beberapa note yang telah dimainkan, aku terdengar suaranya yang agak garau sedikit itu menyanyikan sebuah lagu orang putih. Tetapi pada firasat aku tidak pernah aku dengar lagu ini di mana-mana radio. Ah mungkin ini lagunya sendiri. Aku terpana seketika mendengar lagu yang agak menyentuh kalbuku. Aku berasa sungguh tertarik dengan alunan muzik yang dimainkan. Khairie amat berbakat sekali. Suaranya pun boleh tahan. Ada chance masuk Singapore Idol tahun hadapan. Gelak hati kecilku.
“ Kenapa Rina ketawa?tak sedap ke Khai nyanyi?” Tiba-tiba dia berhenti menyanyi apabila terdengar gelak tawaku. Aku ingatkan dia tak boleh dengar.Hmm...malu aku.
“Eh...Tak delah...Sedap suara Khai tu. Khai ni berbakatlah. Tak teringin nak masuk Singapore Idol ke?” Aku seakan menyindirnya.
“Hmm...mungkin.” jawabnya ringkas diselitkan dengan ketawanya.
Shiok sangat dengar dia mainkan muzik sampai tak sedar bahawa ada sepasang mata yang melihatku dari jauh. Cik Khalisah seperti ingin tahu dengan siapa anak daranya yang bongsu itu berbual di telefon. Sudah dekat sejam dah dia bergayut di telefon itu. Tak tahu ke dah nak dekat masuk waktu Maghrib? Bicara hati ibunya.
Apabila aku memusingkan badanku, aku ternampak ibu sedang memerhatikanku dari dapur. Aku rasa tidak selesa. Apakah ibu memerhatikan aku dari tadi? Aku tidak senang dengan cara ibu memandangku. Aku cepat-cepat memberitahu Khairie bahawa aku harus meletakkan telefon. Khairie faham akan maksudku lalu menamatkan perbualan kami pada hari itu dengan ucapan selamat.
Kemudiannya aku ambil bajuku yang telah digosok itu lalu membawanya ke kamarku. Aku melihat jam yang tergantung di dinding kamarku itu. Hmm..padanlah ibu pandang aku semacam aje. Rupanya dah nak dekat masuk waktu maghrib. Aku kemudiannya mengorak langkah ke bilik air untuk mengangkat wuduk.
4:21 PM