Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Keesokkan harinya aku bersiap-siap untuk ke Prom Night yang diadakan di Hyatt Hotel. Aku menyarungkan baju kebaya yang berwarna kuning keemasan sambil menunggu panggilan daripada Eliza yang akan ke sana bersamaku nanti. Tidak lama kemudian, Eliza menelefonku mengatakan bahawa dia dan Nadzirah sudah pun berada di bawah kolong blok rumahku.Aku cepat-cepat memakai tudungku kerana aku takut mereka akan tertunggu-tunggu kedatanganku.
Beberapa minit kemudian,aku turun dengan ibuku yang akan menghantar kami dengan kereta. Tanpa berlengah lagi,kami berempat memasuki ke dalam perut kereta tersebut lalu menuju ke bandar di mana letaknya hotel itu.Kami harus bergegas ke sana kerana acaranya bermula pada pukul 7.30 malam. Sebelum itu kami sempat singgah di sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat fardhu maghrib. Walaupun kami hendak pergi bersuka ria, tanggungjawab kami kepada Allah Yang Maha Esa tidak harus diabaikan.
Setelah selesai menunaikan solat, kami terus menuju ke hotel itu. Apabila sudah sampai di pintu besar hotel tersebut,kami terus keluar daripada perut kereta itu. Kami bertiga berasa agak gementar kerana inilah kali pertama dalam hidup kami, meraikan hari perpisahan sekolah menengah. Ada juga rasa sedih yang membungkam jiwa kami.
Ada yang diantara kami menggunakan kesempatan hari ini untuk meminta maaf kepada guru-guru kerana kami telah banyak berbuat dosa atau selalu menyakitkan hati guru kami. Lawak jenaka kami di kelas dulu bukannya bertujuan untuk menyakitkan hati guru. Ia hanya satu gurauan supaya kelas tidak berasa bosan apabila cikgu mengajar. We always want the lesson to be fun and lively.
Ramai yang memakai gaun pada malam itu.Hmm...mestilah nak bergaya.Salah satu daripada mereka akan ditakhtakan dengan gelaran Prom Prince dan Prom Princess pada malam itu. Awal-awal lagi aku dan rakan-rakanku yang lain telah menempatkan tempat duduk kami yang bernombor sebelas itu. Kami duduk tidak jauh dari pentas dan juga guru-guru kami yang hadir pada malam itu.
Di dalam dewan itu tersergam indah hiasan bunga-bungaan di atas setiap meja. Dah ada pula hiasan belon-belon berwarna kuning, putih dan biru itu. Warna-warna ini sememangnya melambangkan warna sekolah kami. Terdapat 20 meja di dalam meja itu yang dapat memuatkan sepuluh orang setiap meja. Beberapa minit kemudian, setelah kesemuanya sudah hadir, Ronald, pelajar seangkatan kami memberikan sedikit taklimat pada malam itu. Dia kelihatan sungguh smart sekali dengan kot yang dipakainya seolah-olah dia seorang ketua disebuah syarikat yang termasyur.
Pelbagai permainan yang diadakan pada malam itu. It’s a big effort made by our Juniors. Di dalam acara pertama, permainan Scavenger Hunt dijalankan. Mereka perlu mengumpul seberapa banyak barang yang dikehendaki oleh pengadil. Kumpulan mana yang dapat kumpulkan semua barang-barang itu akan digelar pemenang dalam permainan itu. Muncul kesemua barang-barang yang dikehendaki ada pada kami. Fadhila,cepat-cepat memberikan bartang-barang tersebut kepada pengadil. Kumpulan kami berjaya dan dihadiahkan sekotak cokolat setiap seorang.
Acara yang kedua, setiap kumpulan harus menghantar dua orang wakil untuk naik ke pentas. Mereka dikehendaki berdiri di atas sekeping surat khabar yang kemudiannya akan dilipat sampai kecil. Kumpulan mana yang dapat berdiri paling lama di atas suratkhabar yang sudah dilipat itu akan digelar pemenangnya. Sarah dan Amirah mewakili kumpulan kami untuk permainan itu. Begitu seronok sekali melihat mereka yang cuba mengimbangi badan masing-masing. Bermacam-macam cara mereka lakukan. Ada yang mengendong kawan sendiri dan ada yang berpelukan juga.
Acara yang terakhir sekali, beberapa pancaindera milik guru kami akan ditunjukkan di skrin besar dalam dewan itu. Dan kami harus meneka milik sipakah pancaindera tersebut.Ada yang dapat meneka dengan sekelip mata sahaja. Dan itu tandanya mereka kenal sangat dengan guru mereka. Lucu sungguh. Ada yang merebut-rebut untuk menjawab tekaan itu. Mata, hidung, sampaikan tahi lalat pun mereka kenal milik guru manakah itu.
Setelah penat bermain, kami dijemput untuk mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet. Lalu kami pun berarak dan beratur panjang untuk mengambil makanan ala Western itu.Hmm...makanannya semua tidak pernah aku rasa sebelum ini. Ada yang sedap dan ada yang kurang enaknya. Mungkin kerana aku tidak biasa dengan makanan seperti ini.
Setelah selesai jamuan makan malam itu, aku bergambar bersama teman-temanku yang lain untuk dibuat kenang-kenangan. Dan tidak ketinggalan juga para guru yang amat disayangi. Kerana merekalah, kami semua menjadi seorang yang bertauliah dan seorang yang bermoral. Terima kasih kepada tunjuk ajar mereka selama empat tahun kami berada di sekolah. Baik budi cikgu tidak akan kami persia-siakan.
Setelah selesai bergambar, kami menuju ke longue room untuk menyaksikan persembahan Singapore Idol yang diadakan di stadium tertutup Singapura pada malam yang sama.Aku dan rakan-rakanku yang lain tidak sabar untuk mengetahui keputusan, siapakah yang bakal digelar Idola Singapura yang pertama.Taufik Batisah atau Slyvester Sim. Ah...sudah tentunya Taufik Batisah. Dia mempunyai bakat yang terserlah.
Walaupun bukan kami yang memasuki pertandingan tersebut. Kami dapat merasakan tekanan yang dihadapi oleh peserta terakhir itu. Kami seolah-olah boleh merasakan debaran di jiwa mereka. Apabila Gurmit Singh, pengacara untuk pertandingan itu mula hendak mengatakan pemenangnya, kami semua memegang tangan masing-masing dengan erat.
“ As followed by the number of voters, now i announce our Singapore Idol is......”
Taufik...Taufik...Taufik...
“ TAUFIK BATISAH!!!!!!!!” Jerit Gurmit.
“ YEAH!!!!!!!”
Kami terpekik macam nak roboh lounge room itu. Agaknya satu hotel boleh dengar sorakkan dan tepukkan kami.Ada di antara kami yang tidak dapat mengawal perasaan kerana terlalu gembira kerana idola kami yang dipuja-puja akhirnya menang sebagai Idola Singapura yang pertama. Tidak sia-sia kami mengundinya. Mereka semua terpekik-pekik, terlonjat-lonjat kegembiraan. Tak ubah seperti orang tak siuman. Orang tak siuman pun taklah seteruk macam tu...Sampaikan pengawal keselamatan masuk ke dalam longue room, untuk menghalau kami semua. Gawat jadinya.
4:09 PM