Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Aku terjaga dari tidurku yang nyenyak apabila terdengar satu bunyian yang sungguh menyakitkan gegendang telingaku. Tidak sempat aku menamatkan mimpi yang indah tadi, jam loceng itu pula kacau.Aku segera bangun dari katilku lalu menuju ke arah meja kakakku untuk mematikan jam loceng itu. Pandanganku masih kabur kerana aku masih mengantuk. Aku mengatur langkah ke bilik air untuk bersiap-siap ke kursus ‘Cool Teens’ buat hari kedua. Sementara menunggu saudaraku yang lain menyiapkan diri masing-masing, aku menolong ibu membuat sarapan. Tepat pada 7.15 pagi, kami semua berangkat ke stesen MRT Ang Mo Kio untuk ke Bugis.
Dalam perjalanan ke Bugis, aku dan Emi berasa risau, takut kalau-kalau kami terlewat untuk kursus itu. Aku dan Emi sebagai ketua kumpulan di kursus itu telah membuat undang-undang supaya semua ahli kumpulan tiba tepat pada waktunya. Tiba sahaja di Bugis, aku dan Emi terus berlari ke dewan kursus itu yang mengambil jangka masa perjalanan selama 15 minit. Syakila dan Ika turut mengekori kami berlari. Tepat pada 9.00pagi, kami tiba di depan pintu dewan kursus itu. Aku dan Emi berasa lega kerana ada ramai lagi yang masih belum hadir.
3:33 PM