Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Banyak aktiviti yang telah disediakan untuk para remaja yang menghadiri kursus itu. Penceramah itu suka membuat jenaka supaya kami tidak berasa bosan sewaktu kursus itu dijalankan. Sebelum waktu rehat, penceramah itu menyuruh kami berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk satu pertandingan. Dalam pertandingan itu,kami harus membuat satu bangunan yang tinggi dan kuat dengan menggunakan 40 straw dan pelekat sepanjang 1 meter. Aku serta ahli kumpulanku memerah otak dan bersatu-padu untuk membina bangunan itu.
“ Dah selesai pun....”, aku melepaskan kelegaan apabila kami telah berjaya membina bangunan yang agak tinggi dan kukuh itu.
Setelah kumpulanku menghantar bangunan itu, kami diberikan kebenaran untuk berehat.Dan aku, yang paling tua di antara kami diberi amanah supaya menjaga mereka dengan baik.Sementara menunggu, aku melihat skrin telefon bimbit.”Eh... ada message rupanya... tak perasan pula...” bisik hatiku.
“You, nanti malam you free tak...? I nak cakap sesuatu dengan you. Ni hal penting. Nanti malam I call you boleh...?”
Aku merebahkan punggungku ke atas bangku yang tersadai di luar dewan. Aku termenung jauh memikirkan hal penting yang Khairie hendak memberitahuku sehingga tidak sedar bahawa adik- saudaraku semua telah keluar untuk berehat.
“Apa yang kak Nadia fikirkan tu.. Sampai tak sedar kite dah keluar..?” tanya Ika.
“Oh.. takde apa-apalah Ika..Kak Nadia tadi dapat message dari Khairie. Dia ingin memberitahu kakak sesuatu. Katanya hal penting.” Aku menjawab sambil mengerutkan dahiku. Dia hanya mengangguk.Entah siapa yang dimaksudkan kakak saudaranya itu pun dia tak tahu.Malas dia nak bertanya lebih lanjut lagi.Dia tidak mahu menjaga tepi kain orang.
3:29 PM