Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Dalam perjalanan ke masjid, aku membalas message Khairie, mengatakan bahawa malam ini mungkin aku tidak ada masa untuk menelefonnya kerana aku harus ke rumah makcik Leha untuk makan malam beramai-ramai. Setelah beberapa minit, telefon bimbitku berdering.Aku sudah dapat teka siapa yang telefonku.
“Assalamua’laikum...Ah.. Khairie.. Ada apa...? Apa hal yang penting sangat ni..?”aku bertanya dengan nada yang agak lembut tetapi masih tegas.
“ Waa’laikumsalam..You ingat tak semalam I beritahu yang Farissya telefon I. Baru tadi I cakap dengan dia. Dia kata dia hendak bersama dengan I semula. Dia kata dia tidak dapat melupakan I. Tapi...I juga masih ada perasaan terhadap dia..” jawab Khairie dengan nada suaranya yang lembut.
Mendengar kata-katanya itu, hatiku hancur berderai. Aku sudah memang menyangka sejak dahulu lagi bahawa Khairie masih bertaruh hati pada bekas kekasihnya, Farissya walaupun dia telah menyakiti hatinya itu. Apakan tidak, walaupun hancur mana hatinya, cinta sejati tidak akan perbah luput di sanubari.Memang susah untuk melupakan cinta pertama.Aku tahu dia tidak mungkin berupaya melupakan cintanya yang dahulu.Aku terdiam buat seketika. Aku tidak tahu apa yang hendak aku katakan. Kata-katanya tadi seakan jarum yang tumpul yang cuba sedaya-upaya mencucuk hatiku yang sudah luka itu.Air mata bergelinang dipelupuk mataku. Walau bagaimanapun, aku cuba menguatkan semangat dan cuba menahan air mataku. Aku mengambil nafas yang dalam lalu menjawab kata-kata Khairie itu.
“Ler..Macam tu aje...? Dah dua-dua suka sama suka, bagus lah tu... sambungkanlah semula kisah cinta you dengan dia...” aku seakan berbisik padanya. Aku tidak sanggup meluahkan ayat yang terakhir itu kepadanya. Terasanya terlalu payah untuk menghadapi segala ini.Namun aku sedar perhubungan apa yang aku ada dengannya. Setakat kawan biasa sahaja.
“ Bukan tu saja Rina.. Ada satu lagi perkara yang I nak you tahu.. Walaupun I dan Farissya sudah berbaik semula, I tak nak you berhenti hantar mesej kat I.. I masih nak menyambungkan tali persahabatan kita. You are someone special to me...” Khairie begitu serius kali ini.
“ Tapi you kena faham juga.. Farissya tu kekasih you.. Mana boleh i selalu mesej you macam sekarang ni... Walau bagaimanapun, I tak akan message you kerap kali.. Nanti apa pula kata dia.. I tak nak kerana I, you dan Farissya putus lagi...”
“You.. jangan ah macam ni... Farissya akan faham punya...she’s such an understanding girl. Percayalah...” Khairie sedaya upaya cuba memujuknya. Namun di sebaliknya dia tidak memahami perasaan Nadia sekarang.“Dahlah Khai...I dah nak kena masuk dewan dah ni..Nanti petang kita jumpa di stesen MRT Simei..Assalamua’laikum..”aku terus mematikan talian telefon antara aku dan dia.
3:24 PM