Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Sebenarnya, aku masih ada sejam lagi untuk berehat. Aku hanya memberikan
alasan sahaja untuk memutuskan perbualanku dengan Khairie. Aku sudah tidak tahan lagi mendengar tentang Khairie dan bekas kekasihnya itu. Sedang kami dalam perjalanan ke dewan itu semula, tiba-tiba setitik demi setitik manik-manik jernih jatuh dari kelopak mataku.Sudah merah mataku cuba menahan air mata daripada gugur. Akhirnya aku tidak dapat menahannya lagi. Aku membiarkan air mataku membasahi tudungku itu.
Aku berasa sangat sedih kerana telah memberi harapan sepenuhnya terhadap Khairie. Aku seolah sudah berjanji dengan diriku sendiri bahawa dialah jejaka yang akan menjagaku sepanjang hayat. Aku juga telah menaruh hati padanya semenjak perbualan kami yang pertama. Pada mulanya,dia adalah orang asing bagiku, tetapi orang asing ini telah bertukar menjadi seseorang yang paling istimewa padaku.
“Kak, kenapa kakak nangis ni?” Tanya Ika.Aku meluahkan segala isi hatiku padanya dan memberitahunya apa yang telah berlaku tadi.
“Dah lah kak..Tak payah nak nangis lagi... Dia bukan milik kakak.. Tapi Ika percaya, satu hari nanti kakak mesti dapat lelaki idaman kakak.. Dah ah.. Jangan nangis lagi..Habis tu, nanti petang kakak masih nak jumpa dia..?” tanya Ika sambil mengesat airmataku dengan sehelai tisu yang dikeluarkan dari saku seluarnya.
“Kita akan berjumpa dengan dia dekat stesen MRT Simei nanti...Kakak dah janji dengan dia..Takkan tak jadi pula..Kakak kena tetap pada janji kakak...”Aku menjawab sambil memalingkan muka kearah sekumpulan wanita yang sedang memekik. Entah apa yang mereka pekikkan pun aku tak tahu. Dah tebiat agaknya.
3:23 PM