Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Semasa di kursus itu, aku cuba untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada penceramah itu, tetapi fikiranku asyik terkenangkan Khairie.Kata-kata Khairie tadi masih terngiang-ngiang di telingaku.Aku menekup telingaku dengan kedua-dua tanganku. Aku tidak tahu sama ada dengan cara ini kata-katanya tadi dapat menghilang daripada ingatanku ataupun tidak.Aku berasa tidak tenteram pada saat itu.
Apabila melakukan aktiviti terakhir, aku melakukannya dengan wajah yang muram. Aku tidak kelihatan ceria seperti sebelum rehat tadi. Semua ahli kumpulanku juga perasan akan perubahan mood terhadap diriku.Aku tidak ambil endah tentang mereka.Aku hanya melayan perasaanku yang sedih ini sendirian. Aku merasakan seperti aku tidak berada dalam dewan itu. Di sekekelilingku seakan gelap gelita tanpa sinaran cahaya. Aku kehilangan semangat untuk menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar oleh penceramah itu. Hujah-hujahnya hanya masuk ke telinga kananku dan keluar di telinga kiriku.Aku tidak dapat menyingkirkan perasaan sebak yang datang bertandang.
“Hey, kenapa kau muram saja...? Tadi aku tengok kau happy...kau ok tak ni?”, kedengaran suara dari salah satu ahli kumpulanku.
Aku tidak mengatakan apa-apa pun . Akhirnya aku dapat menenangkan fikiranku. Aku sambung semula melakukan aktiviti yang terakhir itu dengan hati yang tabah. Untuk aktiviti yang terakhir itu, kami harus membalut sebiji telur dengan sekeping surat khabar, straws dan pelekat. Dan apabila si penceramah itu mengambil bungkusan telur itu dia akan menjatuhkan telur itu di atas sebatang kayu dari kerusi setinggi 2 meter. Telur yang dibaluti itu tidak seharusnya pecah. Kumpulanku berjaya menyelamatkan telur yang dibalut itu. Akhirnya kursus buat hari kedua pun berakhir. Aku mengajak saudaraku yang lain ke masjid untuk menunaikan solat fardu Asar.
3:19 PM