Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Selesai solat, kami semua menuju ke stesen MRT Simei untuk bertemu dengan Khairie. Dalam perjalanan ke Simei, aku memikirkan bagaimana agaknya rupa si Khairie ini. Adakah dia jejaka yang seperti aku sangkakan atau dia hanya lelaki Melayu yang biasa sahaja. Setiba di stesen MRT Simei, aku menunggunya di platform MRT itu.
“Assalamua’laikum...You ni Nadia Adrina ke..?”tanya seorang jejaka yang agak tampan itu.
Aku melihat jejaka yang setinggi 1.7 meter, berpakaian kasual dan berseluar jeans itu. Aku terperanjat seketika kerana wajah jejaka itu mirip seperti wajah kawan lamaku.
“ Waa’laikumsalam..Iya..Saya Nadia. Jadi awak ni, Khairie la? Selamat berkenalan..Oh ya..Ini semua adalah adik saudara Rina. Mereka juga turut menghadiri kursus itu bersama Rina..” aku memperkenalkan saudaraku satu persatu kepada Khairie apabila melihat mereka bertiga tercengang-cengang memandang jejaka yang berbual denganku itu.
“Oh hi.”
“Hi.. abang Khai....” kata mereka serentak.
“So...lepas ni nak gi maner?” tanyanya ringkas.
“Ermm...we’re going to my aunty house. Kite orang makan malam ramai-ramai kat saner nanti. How bout you?”jelasku.
“ I’m going home now. Ah tu pun my train dah sampai. Lain kali kita jumpa lagilah ok. Eh later i SMS u k..bye”
“Bye.” Kataku lemah sambil melihat dia memasuki ke dalam perut keretapi itu.
Aku terus beredar dari platform itu dan menuju ke pusat membeli-belah di mana ibu dan makcikku sedang menunggukan kami. Aku masih berasa kecewa dengannya. Tapi aku sendiri yang bodoh mempermainkan perasaanku sendiri. Aku yang perasan sangat.Entah-entah dia tu takda apa-apa, aku yang melebih. Hmm...entahlah.
3:15 PM