Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Seperti biasa, aku bangun seawal 6 pagi untuk melakukan solat fardu subuh dan mengaji sebentar sebelum kembali semula kebuaianku. Aku terjaga dari tidur apabila terdengar kekecohan diluar.Riuh-rendah suara anak jiranku memanggil namaku suruh bangun tolong mamaku mengemas rumah.Ini pasti suruhan daripada mamaku. Aku meraba-raba katilku untuk mendapatkan telefon bimbit. Aku terlihat ada satu mesej dari Khai. Dia telah mengantar satu mesej ucapan selamat pagi. Aku tersenyum seketika dan kemudian mengangkat kakiku menuju ke kamar mandi.
“Ahh...” Segar rasanya selepas mandi. Aku menolong mama menyiapkan sarapan untuk adik saudaraku yang lain.Hari ini aku masak yang special sedikit.Makanan ala barat. Setelah semua makanan sudah siap terhidang dimeja, aku memanggil mereka semua untuk makan bersama.
Semasa kami bersarapan, tiada seorang pun yang mengeluarkan suara macam melawati kubur sahaja.Ada yang masih layu matanya kerana terlalu mengantuk.Tak cukup tidurlah tu.Selesai sahaja bersarapan, aku menuju ke dapur dan mambasuh pinggan mangkuk sementara yang lain tolong meringankan sedikit kerjaku dengan mengemas meja. Namun,kerjaku belum habis lagi setakat membasuh pinggan mangkuk, aku harus sambung menggosok kain baju yang berbakul-bakul di balkoni.Lagu “Holiday” bergema di corong radio menemaniku menggosok baju.
Pada petang itu juga, makcik dan pakcikku datang untuk menjemput anak mereka masing-masing. Sunyi rasanya apabila mereka semua sudah tiada. Aku mula berasa bosan pada malam itu kerana tiada kerja lagi yang harus aku lakukan. Setiap malam pada waktu beginilah aku suka bergurau senda dengan saudaraku. Aku duduk diatas meja belajarku dan membuka buku catatan seharianku. Buku sudahpun dibuka, pena sudahpun berada digenggaman tanganku tetapi tiada satu perkataan pun yang tertulis didalam buku tersebut.Tidak lama kemudian aku pun terlena di atas buku itu kerana terlalu penat buat kerja seharian.
2:40 PM