Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Tuesday, October 25, 2005
Pada pagi itu, aku bangun dari tidur dengan perasaan serba salah. Aku tidak tahu apa yang telah aku lakukan sehingga Khai ingin mengakhiri perbualan kami secara tiba-tiba. Aku menghidupkan telefon bimbitku dan sebuah mesej yang diberi oleh Khai terpampang di skrin.
“The worst way to miss someone is to be seated by her side and know you’ll never have her.”
Kata-kata Khai itu membuatkan hatiku rasa lebih curiga. Apa maksud Khai dengan kata- katanya sedemikian? Aku tidak memahami maksudnya. Aku terus menekan butang reply untuk membalas mesej Khai. Belum sempat aku menjawab mesejnya telefon bimbitku berdering. Panggilan dari Rizal...
“Assalamua’laikum sayang.. dah bangun ke belum...? jangan lupa janji you.. hari ni kita kan ada celebration hari jadi I pat Raffles hotel...”
“Waa’laikumsalam...I dah bangun...I tak lupa lah...anyway...Happy Birthday!!”
“Thank you..Oklah I jumpa you malam nanti,k sayang...? tak sabar rasanya nak lihat sayang berbaju gaun yang i belikan tu..”
Aku hanya tergelak kecil. Aku meletakkan telefon bimbitku dan terus mencapai tuala mandi. Aku terlupa untuk menjawab dan bertanyakan Khai maksud disebalik mesejnya malam semalam.Selesai sahaja aku membersihkan diri, aku membasuh, menyapu dan menjemur kain baju. Kali ini tidak ada baju yang hendak digosok kerana aku sudah menghabiskannya semalam.
1:23 PM