Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Tuesday, October 25, 2005
Selesai sudah kerja-kerja yang patut diselesaikan, aku bersiap untuk menghadiri majlis hari ulang tahun Rizal yang ke 18 tahun di Raffles Hotel. Keluarga Rizal adalah orang berada. Sanggup mengadakan majlis besar-besaran untuk anak tunggal mereka. Aku memakai make-up supaya lebih ayu dan sedap mata dipandang. Dan juga untuk kecantikan diri dan supaya kelihatan lebih rapi.
Habis berdandan, aku menyarungkan gaun yang berwarna hitam dengan manik-manik yang berkilau- kilauan. Akhir sekali aku memakai tudung berwarna silver muda dan bersepatu tumit tinggi berwarna hitam. Aku keluar rumah sebelum maghrib kerana tidak mahu lewat untuk majlis besar-besaran itu. Tambahan pula aku uzur pada hari itu. Aku menunggu ketibaan Rizal untuk menjemputku dari rumah. Aku ternampak seorang jejaka berpakaian kot hitam dan seluar smart hitam, segak dan tampan, membawa sejambak bunga ros sedang menghampiriku. Rizal!!??
“Hai sayang.. you bertambah ayu pada malam ini.. terima kasih kerana sudi turut hadir kemajlis I hari ini...this is for you..shall we...?”
Aku menerima sejambak bunga ros dari tangan Rizal lalu mengucup baunya yang harum itu. Rizal menghulurkan tangannya lalu membawaku masuk ke dalam perut kereta dan terus menuju ke Raffles Hotel. Aku tidak berkata apa-apa sepanjang perjalanan.Hatiku daripada tadi asyik berdegup kencang.Aku hanya dapat mengukirkan senyuman yang manis untuk jejaka yang tampan dan segak itu. Tiba sahaja dimuka pintu dewan tersebut, suatu tepukan gemuruh kedengaran disambut dengan lagu "My endless Love" oleh Mariah Carey. Lagu kegemaranku. Romantisnya!!
“You gementar...?”tanya Rizal.
“Errmmm... yes..a little...,”jawabku, sedikit gementar.
Rizal memperkenalkan aku dengan kesemua ahli keluarganya, saudara- maranya dan juga kawan- kawannya yang turut hadir pada malam itu. Mataku terpandang dengan seorang wanita bertubuh langsing dan seksi. Bergaun merah jambu. Wajahnya seperti pernah aku lihat dan seperti pernah aku kenali. Aku dapat merasakan langkahku semakin dekat dengan wanita tersebut.
“Sayang, i nak kenalkan you pada kawan rapat I. Ini Farissya kawan sekolah I...”
Baru aku ingat, dialah yang telah menghancurkan hati Khai selama ini. “Ah...Khai... aku belum lagi membalas dan bertanya khabarnya.. bagaimana dengannya agaknya...?,” tiba-tiba aku teringatkan dia.
Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Farissya.
“Rina... kita bertemu lagi.. kalau Zal nak tahu... i dah kenal pun dengan Rina...” kata- katanya itu membuat aku sakit hati terhadapnya. Kerana dialah Khai kecewa.
Setelah makan malam, aku duduk dimeja yang ditempah khas untukku duduk bersama keluarga Rizal. Aku melihat Rizal dari jauh dengan kawan- kawannya, menari dan menyanyi. Dari tempat dudukku juga, aku memerhatikan cara Farissya memandang tajam kearah Rizal yang sedang bersuka ria di dance floor. Dia seperti hendak menangkap perhatian Rizal. Ah.. pedulikanlah perempuan gatal tu.
Tanpaku sedari, tiba-tiba dia sudah pun berada di sisiku.“Hai...kenapa tak menari sama dengan Rizal? Hmm..adakah patut Rizal pilih temannita yang tidak tahu menari..huh!”sindirnya.
"Eh perempuan! tolong sikit ye. Kau jangan nak cuba cari pasal dengan aku eh.Pasal aku dan Rizal kau tak payah masuk campur. Dasar perempuan gatal! Hey! sedarlah sikit diri tu..berapa banyak jantan yang kau nak angkut huh?!" puas Rina membahasakannya.
“Eh perempuan! Jaga mulut kau tu sikit eh... Jangan nak buat aku naik darah dekat sini..!! kalau tak...!!!!” Farissya sudah naik berang.
“Kalau tak apa...? kau nak complain dekat si Rizal tu...? nak ngadu dengan dia...? nak menggatal dengan dia...?,” tidak sempat Farissya hendak menghabiskan perbualannya, aku sudah memotong.
“Sudah Farissya... walaupun aku tak kenal kau.. tapi aku dah cukup masak dengan perangai kau terhadap Khai.. pasal kau Khai menderita... perempuan apa kau ni...!!?,” aku meluahkan segala perasaan yang terpendam di dalam hati terhadap perempuan jahanam itu.
Farissya tidak dapat berkata apa-apa.Dia malu diperkatakan begitu.Tambahan pula, banyak mata yang sedang menumpu padanya.Bingkas dia bangun dan menuju kearah Rizal. Dia mencampakkan badannya dalam dakapan Rizal dan pura-pura menangis. Meluat aku dibuatnya. Rizal menghampiriku bersama Farissya. Aku hanya dapat menundukkan kepalaku dan berpaling pandanganku ke bunga ros yang diberi oleh Rizal tadi.
“Kenapa ni sayang..? You ada masalah dengan Farissya eh..?”Tanya Rizal cuba untuk meleraikan perdebatan yang sedang berlaku itu.
Aku hanya berdiam diri sahaja.Entah mengapa tiba- tiba aku tidak sanggup melihat wajah Rizal apabila Farissya berada disisinya. Aku dengan pantas bangun dari tempat duduk dan keluar dari dewan tersebut. Aku duduk diatas anak tangga Raffles Hotel itu sambil mengurutkan kepalaku. Aku mula berfikir tentang Khai.
1:05 PM