Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Tuesday, October 25, 2005
Rizal tiba- tiba menjelma disebelahku. Aku terperanjat buat seketika.
“Kenapa ni..?You nak balik eh sayang..? I am sorry kalau kehadiran Farissya dalam majlis ini membuat you tersinggung...mari I hantarkan yang pulang...”
Rizal memaut erat pinggangku sambil berjalan dan menghantarku pulang. Tiba sahaja didepan rumahku, Rizal mengucapkan kata-kata terakhirnya buat malam itu.
“Selamat malam sayang...I LOVE YOU..” Rizal meluahkan kata-kata itu dengan nada yang sungguh romantik cukup untuk mencairkan hatiku.
Aku tergamam seketika apabila dia melafazkan tiga perkataan itu. Aku tidak tahu apa yang harus aku balas. Aku hanya berdiam diri dan melihat Rizal pergi, hilang dari pandangan mataku.Ah..bertuahnya badan...bisik hati Nadia.
1:01 PM