Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Tuesday, October 25, 2005
Khai duduk berpeluk lutut ditepi tingkap sambil termenung .Khai seperti bangkai bernyawa. Dia tidak dapat menangani hatinya yang hancur itu. Setiap hari dia mengurungkan diri di dalam bilik. Makan tidak minum pun tidak. Kalah orang kehilangan isteri. Semakin sakit hatinya dilukai oleh Farissya. Tiba-tiba telefon di biliknya terpekik-pekik macam bayi minta diangkat.
“Assalamua’laikum Khai... Ini Rina... Khai apa khabar...? Sorry eh... lately i have been busy with events...”Rina memulakan bicara.
“Waa’laikumsalam... Rina... Khai baik...takper lah... Khai faham...”Khai menjawab lemah.
“Khai...Rina tanya Khai sikit boleh tak?”
“Apa dia? Tanya lah...”
“Malam tu...Khai sakit hati eh bila Rina ceritakan pasal Rizal? Khai macam terus tak pedulikan Rina ajer... selalunya kalau bual pat telefon you yang tak nak taruk telefon.. tapi hari tu....”belum sempat Rina menghabiskan kata-katanya, Khai sudah memotong.
“Khai faham... Rina curiga kan...? Khai Cuma nak ingatkan Rina kalau kenal dengan lelaki baru... Rina get to know that person very well first.. dah kenal dia betul- betul baru Rina nak matair dengan dia pun boleh...”Khai menasihatinya.
“Eh eh Khai ni.. ke situ pulak... kalau iye pun Rina dengan Rizal... apa salahnya...?”
“Rina serius ke ni...? Rina dengan Rizal...?”tanya Khairie dengan nada agak cemburu.
“Entah lah Khai... Rina separuh hati sukakan dia.. separuh lagi tak...oh ye Khai...semalam bila Rina pergi birthday party Rizal, Rina jumpa dengan...tak nak lah Rina sebut nama dia...Rina betul-betul bahasakan dia...”
“Bagus lah tu Rina...perempuan tu mesti kena ajar...Kalau Rina rasa yang Rina bahagia disamping Rizal..Khai cuma nak ucapkan tahniah..”
“Khai... Rina belum buat keputusan lagi....”Rina mencelah.
Rina cuba membohongi dirinya. Sebenarnya jauh disudut hati, dia sudah menganggap Rizal sebagai teman lelakinya.
“Khai takde niat nak cari pengganti Farissya untuk sembuhkan luka dihati tu...?”Rina bertanya lagi..sahaja ingin menduga hatinya.
Khai hanya ketawa kecil. “Bukan senang Rina untuk cari girlfriend yang memahami hati dan perasan Khai. Tak senang untuk mendapat yang betul- betul baik dan sesuai. Hati Khai dah tertutup untuk mengadakan hubungan lagi. Khai dah tak boleh percaya dengan perempuan lagi...”katanya dengan penuh sayu.
“Hmmm...Khai dah tak percayakan Rina jugalah ni...? Rina pun perempuan tau!” Rina mencebik.
“Tak termasuk Rina lah...Pada Khai, Rina lain daripada perempuan yang Khai kenali...”
Lega hati Rina mendengar kata-kata Khai. Setelah beberapa jam berbual, akhirnya Rina meminta diri dulu. Badannya terasa lesu setelah sehari membuat kerja rumah.
12:50 PM