Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Jika ada persamaan dalam hidup anda dengan cerita ini, kami minta maaf. Dan ia hanya mungkin kebetulan sahaja.
Harap maklom.
Thursday, October 27, 2005
Ah! Bosannya hidupku ini. Setiap bulan aku harus duduk di atas kerusi ini selama lima jam untuk mencuci darah kerana buah pinggangku yang sebelah kiri sudah tidak boleh berfungsi. Aku sentiasa berdoa agar ada hamba Allah di luar sana yang sudi mendermakan aku buah pinggang. Aku lelah hari demi hari mengenangkan nasibku ini. Namun segalanya ini adalah dari padaNya.Aku bersyukur kerana aku masih dapat hidup di muka bumi ini dengan sempurna. Aku masih ada tempat untuk berlindung, makanan untuk diisi perutku yang kosong serta pakaian untuk menutupi auratku.
Aku melihat darah yang mengalir keluar daripada tiub yang agak besar itu. Darah itu akan dibersihkan dan dimasukkan semula kedalam tubuhku ini. Aku seram setiap kali jururawat di sini menusukkan jarum yang tebal kedalam lenganku yang agak kurus ini. Di lenganku sudah terpacak beberapa kesan lebam akibat ditusuk jarum hampir setiap bulan.Lebam yang satu ni belum lagi nak pulih,dah ditambah lagi satu.Aduh.Hanya Allah sahaja yang memahami penderitaan yang aku hadapi ini. Aku pasrah dengan segala yang berlaku terhadapku. Aku perlu bersabar. Namun aku tetap merasakan kesakitannya. Setiap kali air mataku akan mengalir keluar walaupun aku sudah cuba menahannya. Mungkin inilah rasanya orang yang mempunyai sama penyakit denganku.
4:40 PM